|
“Jahit bahagian sini (bahagian pipi) lagi sakit daripada jahit beranak. Sakit sangat-sangat. Nasib tak kena di mata.” Demikian luahan sayu isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri selepas ditumbuk sebanyak tiga kali hingga mengalami kecederaan serius dan terpaksa menerima 10 jahitan pada Khamis lalu.
Katanya, 10 jahitan yang diterima pada bahagian pipi kirinya itu adalah ‘hadiah’ sempena ulang tahun dirinya yang ke-29 pada 1 Mac lalu. “Selama ini, saya memang ditindas, cukuplah saya bagi muka dan bersangka baik. Apa yang sudah terjadi, Allah nak tunjuk saya memang tak boleh toleh ke belakang lagi. “Saya perlu terus memandang ke hadapan dengan anak-anak saya, sama-sama ke depan. Cukuplah,” luah ibu kepada dua cahaya mata itu lagi. Memetik laporan tersebut, ditanya sama ada kekerasan yang dilakukan itu pernah berlaku sebelum ini, dia hanya menjawab suaminya lebih tahu keadaan sebenar.
|
sleepandream replied at 5-3-2023 11:07 AM
ni lah masanya syarikat kosmetik yg claim boleh hilangkan parut bagai sponsor produk dekat shu yach
little_sis replied at 5-3-2023 07:03 PM
Tumbukan sampai kena jahitan, aku rasa kuat gile kot sekali tumbuk tu.. moga yg ditumbuk mendapat ke ...
KirazMevsimi replied at 5-3-2023 07:01 PM
ada sesuatu yang michelle tunjuk kat shu dan adik shu sewaktu temubual melodi, kat phone michelle. n ...
nurul_akmar replied at 5-3-2023 06:59 PM
Aku kesian.. tp byk ye benang shu ni. Xleh merge je ke?
anak_bunian replied at 5-3-2023 07:23 PM
celaka betol Hafidz Roshdi ni...dah kena cekup dgn polis blom?
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
19-2-2026 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.203990 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.