CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sekumpulan Pelajar Sekolah Tunggang Motosikal Secara Berbahaya Disaman, Motosikal Disita

5-3-2023 08:21 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 682| Komen: 1

Polis menyaman sekumpulan pelajar di sebuah sekolah menengah di Tawau pada Rabu kerana menunggang motosikal secara merbahaya di kawasan Airport Lama.

AWANI melaporkan, motosikal ditunggang mereka turut disita Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.



Semua pelajar berusia 17 tahun dan motosikal dibawa ke pejabat trafik manakala ibu bapa serta penjaga remaja terbabit diarah tampil ke IPD Tawau. - Foto PDRM

Ketua Polis Daerah Tawau Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, operasi dilakukan selepas menerima aduan daripada orang awam berkaitan aktiviti menunggang motosikal secara merbahaya di kawasan berkenaan.

Katanya, hasil pemeriksaan sebanyak 14 motosikal disita oleh pegawai dan anggota BSPT IPD Tawau.

"Semua pelajar berusia 17 tahun dan motosikal dibawa ke pejabat trafik manakala ibu bapa serta penjaga remaja terbabit diarah tampil ke IPD Tawau.


"Sebanyak 13 keping saman dikeluarkan ketika penguatkuasaan berkenaan yang membabitkan kesalahan membenarkan memandu kenderaan tanpa lesen.

"Selain memandu di bawah usia 17 tahun,pelajar tersebut juga tiada lesen memandu, kenderaan tiada cermin sisi, tiada nombor pendaftaran kenderaan dan lain-lain kesalahan," katanya dalam kenyataan dalam satu kenyataan media pada Sabtu.


Semua pelajar berusia 17 tahun dan motosikal dibawa ke pejabat trafik manakala ibu bapa serta penjaga remaja terbabit diarah tampil ke IPD Tawau. - Foto PDRM

Sementara itu, Jasmin berkata, ibu bapa diminta supaya sentiasa memantau aktiviti anak-anak mereka terutama selepas waktu persekolahan.

"Langkah ini supaya mereka terhindar daripada melakukan aktiviti yang tidak berfaedah yang boleh membahayakan nyawa sendiri dan orang lain," katanya.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SalenaGomez 5-3-2023 01:17 PM
Nak cakap “padannnnnn mukaaa”

Bagus polis heret mak ayah skali, baru ada akal budak2 ni

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 06:28 PM GMT+8 , Processed in 0.083553 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top