CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Aktivis Thailand Mogok Lapar Berdepan Masalah Kerosakan Buah Pinggang

4-3-2023 07:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1753| Komen: 8

Dua aktivis wanita Thailand dikejarkan ke hospital pada Jumaat berikutan berdepan risiko tinggi kegagalan buah pinggang dan berkemungkinan tidak boleh bertahan tanpa campur tangan perubatan.

Portal berita Bangkok Post melaporkan, aktivis berkenaan baru saja menjalani mogok itu selama seminggu di hadapan Mahkamah Agung.

Difahamkan, Tantawan Tuatulanon dan Orawan Phupong melancarkan mogok lapar selama 44 hari untuk memberi tekanan supaya tahanan-tahanan politik dibebaskan.


Tantawan - Bangkok Post

Pasangan penunjuk perasaan itu sebelumnya menolak pemberian air minuman dan cecair intravena sejak Khamis, semata-mata untuk meneruskan mogok demi pembebasan rakan mereka daripada pihak berkuasa.

Sejak memulakan mogok lapar pada 18 Januari lalu, mereka menolak untuk makan dan minum. Apabila keadaan kesihatan didapati merosot, mereka setuju untuk mengambil sedikit air dan kemudian sedia disuntik vitamin dan mineral intravena untuk mengurangkan risiko kesihatan.


Mereka sempat menerima rawatan di Hospital Universiti Thammasat namun mereka kemudiannya sengaja meninggalkan wad untuk meneruskan protes di hadapan Mahkamah Agung. Para penyokong mereka turut hadir menyatakan sokongan dengan membawa sepanduk.

Kumpulan penyokong itu bagaimanapun tidak terlibat dengan percubaan mogok lapar.

Walaupun dua aktivis itu dipujuk agar kembali ke hospital, mereka menolaknya dan melanjutkan mogok lapar berkenaan. 


Orawan - Bangkok Post

Begitupun, oleh kerana keadaan kesihatan mereka semakin memburuk, mereka dipaksa kembali ke hospital dan sehingga kini masih menerima rawatan rapi.

Tujuan mereka melakukan demikian adalah untuk mendesak pihak berkuasa membebaskan baki tiga orang rakan mereka, daripada 16 orang pada awalnya, yang ditahan dalam protes antikerajaan pada pertengahan 2020 lalu.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 4-3-2023 08:19 PM
Extreme betul dorg ni
Quote Cokoro 4-3-2023 08:43 PM
Sia sia je lah
Quote noor2 4-3-2023 08:45 PM
Bodoh...........
Quote lebukha 5-3-2023 04:23 AM
https://coldnetwork.net/threads/livestream-mma-ufc-285-live-go-free-broadcast-on-04-march-2023.89969/
Quote hareeeesah 5-3-2023 08:23 AM
Alahai seksa diri sendiri je
Quote Zeatyisaac 6-3-2023 01:56 PM
SI penyokong ramai2 tu kenapa tak mogok sekali? Hehehe
Quote rikiruj 6-3-2023 02:27 PM
Most likely rosak kekal tu.. tak pasal2 kena buat kidney replacement atau dialasis.  Rakan2 yang dalam jel tu nanti one day depa lepas, nak ke depa donate kidney diorang kat ko?.  Buat benda jangan sampai mudarat diri macam tu.. nanti menyusahkan orang, sapa nak jaga nanti.
Quote Burong_Hantuk 6-3-2023 04:21 PM
over sgt!!!

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.096930 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top