CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerajaan Disaran Kurangkan Import Makanan Untuk Bantu Kawal Harga Barang

4-3-2023 06:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 969| Komen: 9

Tengku Razaleigh Hamzah menyaran kerajaan mengurangkan pengimportan makanan sebaliknya merangka strategi untuk meningkatkan daya pengeluaran dalam negara bagi mengawal isu kenaikan harga barangan dan keperluan harian yang sedang membelenggu rakyat ketika ini.


Bekas Menteri Kewangan itu berkata, pengeluaran makanan dalam negara rendah dan terlalu bergantung dengan import boleh memberikan kesan tidak baik kepada negara.


FB

“Segala barang makanan diimport dari luar termasuklah bawang, lada, kobis dan sebagainya. Hasil makanan tak dikeluarkan dengan cukup dalam negara, maka kita akan berdepan dengan harga barang yang tinggi. 

“Sebab itu kita mesti ada cara untuk mengawal keadaan ini dan itu adalah dengan mengawal import dan meningkatkan daya pengeluaran negara. Satu perkara lagi, apabila ringgit kerap ditukar dengan mata wang asing, permintaan terhadap nilai mata wang kita akan menjadi rendah,” katanya kepada pemberita selepas Program Amanat Ku Li di Bukit Cekati di sini hari ini.


Tengku Razaleigh memberitahu, pada bulan lepas beliau sudah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi bertukar idea serta pandangan tentang keadaan ekonomi semasa negara.

“Saya sudah cadangkan apa yang perlu dibuat. Saya rasa dalam masa enam bulan sehingga setahun ringgit kita akan naik dan kemungkinan hutang negara akan berkurang.

“Saya yakin banyak usaha yang boleh dilakukan dan kalau ini semua dapat dilaksanakan hutang negara akan turun dan nilai ringgit kita akan naik jika langkah berkesan dapat dilakukan,” ujarnya.


TENGKU Razaleigh Hamzah (kiri) beramah mesra dengan ahli UMNO di Bukit Cekati, Gua Musang, Kelantan hari ini.UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH

Tengku Razaleigh berkata, beliau juga bersimpati dengan rakyat yang masih terbeban dengan kos sara hidup tinggi ketika ini.

Katanya, kerajaan tidak boleh berlengah dan harus melakukan usaha bagi membantu rakyat yang terjejas.

“Orang yang ada duit tak apalah, orang yang tak ada duit akan menghadapi masalah. Harga ikan naik kerana kos pengangkutan pun tinggi dan sebagainya. 

“Jadi masalah itu akan dirasai semua banyak pihak rakyat seluruhnya jika kerajaan tidak mencari jalan keluar,” katanya.


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Meiizu 4-3-2023 07:49 PM
Galakkan balik bidang pertanian...kita ada petani yg mengusahakan ladang cili,sayur etc tapi kalah dgn game pengimport pemborong.

Bidang penternakan ...dulu apa jadi kes sharizat lembu?cantik on paper je tapi lembu duk condo beli property ,anak dia appoint jadi director gaji 25k sebulan. Konon pembekal utk pasaran dlm negara tapi sekoq pun tak nampak..cam sial
Quote lebukha 5-3-2023 04:24 AM
https://coldnetwork.net/threads/livestream-mma-ufc-285-live-go-free-broadcast-on-04-march-2023.89969/
Quote TOPwind 5-3-2023 06:47 AM
sebenarnya import lagi murah

contoh jika tiada Proton

harga kereta import lagi murah

itu yg berlaku di Europe
kereta BMW di UK bawah 80K
Quote ultra78 5-3-2023 07:29 AM
Tak nak import makanan dari luar dan produce sendiri.

Untuk capai matlamat tu kena import pekerja asing pulak.
Quote vespa_oren 5-3-2023 08:28 AM
bila ayam tempatan mahal, terus import ayam dari luar sebab orang nak lagi murah, pastu cakap xpatut import pula
Quote CiliPadiSedap 5-3-2023 02:28 PM
ultra78: Tak nak import makanan dari lu ...


Hahahahha..kaka.lebih rela beli bawang hollland mahal daripada beli murah tp rohingya musibat tanam
Quote Flake123 5-3-2023 03:08 PM
Kjaan bagi subsidi baja n dedak tapi hasil pi export luar negara sebab berkualiti. Pastu import cheap low quality stuffs bagi rakyat makan
Quote CiliPadiSedap 5-3-2023 07:13 PM
TOPwind: sebenarnya import lagi murahcontoh jika tiada Protonharga kereta import lagi murahitu yg berlaku di Europekereta BMW di UK bawah 80K


betul tu. sebab ada sekatan AP je rakyat terpaksa pakai kereta proton. kalau tiada AP mungkin bawah flat malaysia ada civic city vioz dugong.

timbal balik minyak di subsidikan

Quote Lagubestbest 5-3-2023 07:39 PM
entahla. bila dah dua hari hujan terus banjir manjang gini je dimana-mana, i rasa kalau nak bertani baik g saudi jela. kita beli tanah kat sana untuk bertani kemudian import bawak masuk.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 06:28 PM GMT+8 , Processed in 0.270946 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top