CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kadar Celik Kewangan Rendah, Median Simpanan KWSP Bumiputera Susut 70 Peratus

4-3-2023 06:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6039| Komen: 108

Selepas empat kali proses pengeluaran khas sepanjang tempoh pandemik COVID-19, kadar median simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) golongan Bumiputera merekodkan penurunan sebanyak 70 peratus.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Seri Amir Hamzah, median simpanan golongan Bumiputera pasca COVID-19 adalah sebanyak RM4,900 berbanding RM15,500 sebelum pandemik melanda.

"Pencarum berbangsa India merekodkan penurunan simpanan sebanyak 40 peratus dengan median simpanan RM14,900 pasca COVID-19 berbanding RM25,700 sebelum pandemik.


Gambar hiasan

"Pencarum berbangsa Cina pula hanya merekodkan penurunan satu peratus median simpanan dengan RM45,200 berbanding RM45,800 sebelum pandemik.

"Bukan sahaja pengeluaran ini menjadi punca mengapa simpanan berkurangan atau rendah, sebaliknya faktor lain turut menyumbang seperti struktur gaji yang rendah," katanya ketika membentangkan prestasi dividen 2022 KWSP, di sini, pada Sabtu.


Katanya lagi, 44 peratus ahli dalam sektor formal mempunyai gaji kurang daripada RM2,000 sebulan, selain kurangnya dasar gaji minimum sebelum tahun 2014 yang menyebabkan simpanan kurang.

Selain itu jelasnya, simpanan yang tidak konsisten dan bekerja di bawah kelayakan juga menjadi penyumbang kepada caruman yang rendah.

"Ramai ahli KWSP mempunyai kadar celik kewangan yang rendah. Kadar celik kewangan ahli KWSP adalah pada 29 peratus berbanding 57 peratus untuk negara Pertubuhan Kerjasama dan Pertumbuhan Ekonomi (OECD), 78 peratus bagi rakyat Singapura dan 92 peratus bagi rakyat Hong Kong dan China," ujarnya.

Justeru katanya, KWSP mengariskan beberapa strategi untuk 2023 termasuk mempercepatkan pengembangan liputan kepada semua pekerja dan golongan dewasa yang mencapai had umur bekerja, memperkenalkan produk caruman sukarela lebih luas dan program lebihan sukarela serta meningkatkan kadar celik kewangan melalui pendidikan dan rancangan persaraan.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laqoyah 4-3-2023 07:26 PM
Org dah lama letak dlm instrument lain. Letak dlm Tabung Haji je lah itu lah impian ummah. Kalu sesak2 senang nak keluar. Byk songgeh..selayaknya. Tak jd millionaire pun sampai ke sudah!



Quote ultra78 5-3-2023 07:50 AM
Celik kewangan tu satu hal. Pendapatan yang kecik juga satu hal.
Quote snowflakes 5-3-2023 07:55 AM
Takpe... nanti boleh dapat bantuan lain... zakat ada...
Quote Bawang123 5-3-2023 09:32 AM
Kalau menteri malas nak pikir solution kepada kenaikan barang, takyah la nak tuju salah rakyat tak reti menyimpan utk hari tua.
Simpan hapa? Duit gaji pun cukup makan.
Dah tua nanti pandai la rakyat minta zakat. Duh!
Boleh tak puak² kwsp ni buat research sama kenapa kadar menyimpan kurang. Ini tak, malas! Kerja nak judge org tak mnyimpan sebab tak celik lah apa lah.
Masa i sinar i semua tu, org keluar duit masuk asb tabung haji ramai je. Asyik nampak org beli barang kemas je..
Quote Tinot7 5-3-2023 09:38 AM
Awat bumiputera duit paling ciked?
Quote green~tea 5-3-2023 09:55 AM
Tinot7 replied at 5-3-2023 09:38 AM
Awat bumiputera duit paling ciked?

Byk keje gomen kot.. mana ada kwsp.  Kalo ada pun deme keluarkan sbb amek skim pencen
Quote Tinot7 5-3-2023 10:18 AM
green~tea replied at 5-3-2023 09:55 AM
Byk keje gomen kot.. mana ada kwsp.  Kalo ada pun deme keluarkan sbb amek skim pencen

Kalau amik skim pencen sekalipun, masih voley menabung dlm kwsp, kan? Bubuh jahh duit byk2 supaya ada duit masa tua..

Kalau kluar, nnt takde sumber lain selain pencen nnt.
Quote rospinki 5-3-2023 10:52 AM
Patur kena tambah bhgn eyee tu boleh je jadi 15% ke 20% eyer 11% jah kt co iols. Syok skit tgk
Quote anony-mous 5-3-2023 11:00 AM
Tinot7 replied at 5-3-2023 09:38 AM
Awat bumiputera duit paling ciked?

Selain pencen tu, gaji melayu antara plg kecik. Yg pekerja gaji minima pon ramai melayu
Quote green~tea 5-3-2023 11:03 AM
Tinot7 replied at 5-3-2023 10:18 AM
Kalau amik skim pencen sekalipun, masih voley menabung dlm kwsp, kan? Bubuh jahh duit byk2 supaya  ...

Jarang la org nak voluntarily tambah carum kwsp sbb hanya 55 baru bleh keluarkan
Quote syamzana 5-3-2023 11:14 AM
Tinot7 replied at 5-3-2023 10:18 AM
Kalau amik skim pencen sekalipun, masih voley menabung dlm kwsp, kan? Bubuh jahh duit byk2 supaya  ...

kalau dah keje gomen anak plak 3/4 org nak menyimpan celah mana nokss (ni pun utk kelulusan degree) brp sen sgt laa gaji gomen tu.
padan buka katup loan jah
lain la kalau lone ranger tu pun sapa sgt la nak saving lagi dah tau akan ada pencen nanti.
Quote Lagubestbest 5-3-2023 11:17 AM
entahla. skrg ni lepas covid duit dalam tangan ada 2 3 ratus pun ramai2 g melancong sampai kena kira duit tiap kali bayor makan. mcm takde akal.
Quote Lagubestbest 5-3-2023 11:33 AM
Tinot7 replied at 5-3-2023 10:18 AM
Kalau amik skim pencen sekalipun, masih voley menabung dlm kwsp, kan? Bubuh jahh duit byk2 supaya  ...

i tgok antara pencen vs kwsp better pencen. hasil pemerhatian i la pada orang2 tua. walau takde sedepuk dalam tangan, bulanan pencen tu kira bermaruah dan meningkat tiap2 tahun. kwsp pulak dah amek masuk asb, dividen rendah zakat simpanan lagi, ujung2 berapa sen je sebulan ko boleh amek.
Quote Tinot7 5-3-2023 11:49 AM
anony-mous replied at 5-3-2023 11:00 AM
Selain pencen tu, gaji melayu antara plg kecik. Yg pekerja gaji minima pon ramai melayu

Kalau tgk data ni, mmg mcm nak habaq org melayu gaji paling ciput.. pastu deme yg gigih kluaq i-citra i-lestari i-bunga.. hat cainis gaji tinggi, tak kluaq duit masa pandemik.. awat deme paling byk nyalak sbb mco takleh kluaq umah, wat bisnes bagai?
Quote Tinot7 5-3-2023 11:51 AM
green~tea replied at 5-3-2023 11:03 AM
Jarang la org nak voluntarily tambah carum kwsp sbb hanya 55 baru bleh keluarkan

Iols rasa kalau ada kemudahan, baik amik jahh sumer supaya ada duit lepaih bersara.. pencen amik lepaih pencen, caruman kwsp hat akaun 2 pun amik lepaih 55..

Tapi org melayu suka pikiaq, watpe simpan duit byk2, tak joli katak.. nnt kang anak yg merasa joli katak.. giteww.. sbb tu sumer kluaq bila ada peluang..
Quote Tinot7 5-3-2023 12:04 PM
syamzana replied at 5-3-2023 11:14 AM
kalau dah keje gomen anak plak 3/4 org nak menyimpan celah mana nokss (ni pun utk kelulusan degree ...

Hat veranak sampai 3/4 tu la patut pikiaq awat tak ukur baju di bdn sendiri..

Kalau data yg diberikan tu ada pecahan berkahwin dgn solo, nnt voley tau la lone ranger cainis simpan duit ke dakk.. rasanya deme sumer simpan duit.. hat melayu jahh tak menyimpan.. anak mmg rezeki tapi makpak kena pikiaq mkn pakai nnt.. iols kenai jahh mak melayu habaq, biaq anak cari reta apa sumer sendiri.. padahal jaman now, bknnya mudah nak cari duit..

ada jugak mak melayu vangga anak baru grad, dpt keje kat singapura bln2 sgd4.5k, pastu dok jb, mau kawen soh bini dok umah jaga mkn pakai.. dgn anak ni dia mintak rm1k sebln sbg saguhati menjaga dia masa kecik2.. bg dia itu la lumrah alam.. tatau la anak keje permanent ka apa kat singapura tu tapi setahu iols, kalau kena dok jb, sah2 la gaji tu tak cukup nak survive kat singapura. Lama mana nak bertahan ulang-alik jb-singapura? Sbb tu anak dia pun dah verangan nak pi ke dubai lepaih dpt work experience..

Hat contoh2 ni sumer mak2 yg mampu.. apatah lagi mentaliti mak2 yg tak mampu..
Quote asamfish 5-3-2023 12:07 PM
Lagubestbest replied at 5-3-2023 11:33 AM
i tgok antara pencen vs kwsp better pencen. hasil pemerhatian i la pada orang2 tua. walau takde se ...

kwsp pun kita boleh kan buat pengeluaran berjadual....kiranya bukan ambik selepuk...ambik mcm pencen tu...kita set utk tiap2 bulan berapa nak dikeluarkan.  dan dalam masa yang sama, kita tetap menerima dividen tiap2 tahun....(i'm not 100% sure, but kalau tak silap mcm tu la lebih kurang....ingat2 lupa depa bagi penerangan dulu)

Quote asamfish 5-3-2023 12:16 PM
semasa kecil, saya selalu beranggapan umur 55 tahun, adalah sangat tua.  sekarang bila saya pun menghampiri umur pencen, with my condition, i feel like i can live another 30yrs or so (ajal maut di tangan tuhan, i don't deny that), mana nak keruk duit untuk makan minum sakit pening, kalau kwsp dihabiskan di waktu umur 55.  kalau ramai di sini yang mempunyai lain2 investment, good for you...tapi adakah kita benar2 ada simpanan hari tua?  sebab tu saya masih beranggapan kwsp ni masih relevan untuk kewangan semasa bersara.
Quote Lagubestbest 5-3-2023 12:19 PM
Edited by Lagubestbest at 5-3-2023 12:29 PM
asamfish replied at 5-3-2023 12:07 PM
kwsp pun kita boleh kan buat pengeluaran berjadual....kiranya bukan ambik selepuk...ambik mcm penc ...

tetap tak sama sebab lets say ada cuma 400K. kira2 kalau hidup nak makan dividen je boleh keluarkan 1K je sebulan dan makin menyusut kalau makan duit pokok bayo kete ke reno rumah. Pencen tak kesah, mmgla tak mampu berbelanja besar awal2 maybe 1K tapi atas tindakan kerajaan semasa selalunya diorang naikkan dari tahun ke tahun, end up ada yang dah dapat 3K sebulan sekarang ni kalau tanya dulu kerja apa? pemandu polis je.

Lihat semua komen(108)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 06:29 PM GMT+8 , Processed in 0.229749 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top