CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ada Yang Kena Cerai Dan Menumpang Rumah Anak Sebab Rugi Beli Saham

4-3-2023 06:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4623| Komen: 43

Ada dalam kalangan pembeli Saham Tebus Islam (Islamic Redeemable Share-PRS-i) mendakwa menumpang rumah anak dek kerugian.

Malah, ada juga antara mereka yang mahu cepat kaya itu bercerai kerana duit hagus begitu sahaja.


Semalam  Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) menerima 330 aduan membabitkan kerugian lebih RM100 juta berhubung dakwaan rugi akibat membeli saham PRS-i.



Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, aduan itu dibuat ke atas sebuah syarikat yang didakwa tersenarai di Bursa Malaysia dipercayai wujud sejak tahun 2021.

Menurut beliau, pihak beliau percaya setakat ini kira-kira 700 individu di seluruh negara rugi akibat  memberi saham daripada skim PRS-i.

“Seramai 330 individu tampil kepada kita sejak dua minggu lalu bagi membuat aduan dengan kerugian dianggarkan RM100 juta dan daripada jumlah itu, 150 individu sudah membuat laporan polis,” katanya ketika ditemui bersama kira-kira 100 mangsa di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini hari ini.


Hishammuddin berkata, mangsa mendakwa mereka tertarik dengan tawaran RPS-i apabila dijanjikan dengan pulangan dividen sehingga 18 peratus setahun atau 1.8 peratus setiap bulan kepada setiap ‘subscriber’ yang membeli RPS-I. 

“Masalah mulai timbul apabila mangsa kata mereka tidak lagi menerima bayaran dividen bermula pada Mei tahun lalu. 

“Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, mangsa kemudian dimaklumkan bahawa syarikat itu akan membuat ‘early redemption’ (penebusan awal) ke atas RPS-i yang dibeli oleh mangsa,” katanya. 

Beliau berkata,  mangsa-mangsa turut mendakwa syarikat itu  menyalahgunakan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang kononnya memberi kelulusan untuk melaksanakan pelaburan selamat. 

“Ia menyebabkan mangsa terpedaya bahawa syarikat itu dikawal selia oleh SC. Malah, syarikat tersebut mendakwa pelaburan yang dibuat adalah patuh syariah dan tersenarai di Bursa Malaysia. 

“Syarikat ini juga didakwa menggunakan nama ikon pelaburan ternama bagi ‘memancing’ mangsa supaya menyertai pelaburan berkenaan,” katanya. 

Malah, katanya, terdapat mangsa yang tampil memaklumkan dirinya diceraikan kerana simpanan habis akibat pelaburan tersebut.  

“Malah, ada mangsa berusia 60 tahun yang sepatutnya menikmati hasil pelaburan  terpaksa menumpang rumah anak kerana wang simpanan habis digunakan untuk melabur. 

“Justeru, kami berharap pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap laporan yang dibuat ke atas syarikat pelaburan  yang menyebabkan mereka terpedaya dan rugi,” katanya. 


Sumber: UTUSAN 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laqoyah 4-3-2023 06:33 PM
Patuh syariah la sgt

Quote kasibiman 4-3-2023 06:52 PM
taruk nama isele je terus buang duit situ.

fail.

belajar la sikit asas pelaburan which is: pulangan tu berpaksikan business activity.

pulangan bukan sbb produk.
Quote krustykrab 4-3-2023 07:14 PM
Company apa ni..awat tak nk reveal je...kan susah je org yg baca berita ni
Quote green~tea 4-3-2023 07:19 PM
Tatau pun kewujudan co ni
Quote Belibis 4-3-2023 08:19 PM
green~tea replied at 4-3-2023 07:19 PM
Tatau pun kewujudan co ni

Sebab agen cari mangsa yang semekin berangan nak kayo..depa tak target geng t20..
Quote Perawankota 4-3-2023 08:25 PM
Tak pernah dgr nama pon
Quote cmf_premierleag 4-3-2023 08:42 PM
PRS-i ??? Tak penah dengar pong....masuk bursa halimunan ke?
Quote cmf_premierleag 4-3-2023 08:45 PM
kasibiman replied at 4-3-2023 06:52 PM
taruk nama isele je terus buang duit situ.

fail.

Gitu la puak2 pemalas nk amik tahu ni
Bila kita advice, pi la baca prospektus,cek nama dgn SC,Bursa etc, takmo
Depa kata takkan la sesama meleis nk tipu sesama meleis
Pastu si penipu lak mesti ckp cina dah lama buat ni sbb tu bangsa depa maju
Gitu la kan ayat2 stended depa
Padahal kalo dah bodoh sgt psl pelaburan tu, pi je la masuk ASB TH je....mcm le terer sgt mengalahkan fund manager berlesen.
Pastu bila mmg ada yg mmg bekerja sbg analyst, fund manager,regulators (SC/Bursa) investment banker etc yg nasihatkan depa, depa kata diorg tu dengki nk tgk depa bakalan jd kaya raya
Quote dudaberhias 4-3-2023 08:48 PM
Tak pernah dengar pun nama company ni. Yang ko gatai main labur je dah kenapa dekkkk... Buat penat jah ASB semua tu wujud kat dunia ni, hujung2 ko labur kat tempat macamni.
Quote stingerkaypoh 4-3-2023 10:14 PM
Percaya la sangat.. org jual baju raya kat IG pun ramai kena tipu inikan duit berkepok beribu skali masyukkkk!!!!
Quote honeybee1802 4-3-2023 10:25 PM
dudaberhias replied at 4-3-2023 08:48 PM
Tak pernah dengar pun nama company ni. Yang ko gatai main labur je dah kenapa dekkkk... Buat penat j ...

Jenis semai nak suh bulan depan terus berbuah ni...
Quote zafira 4-3-2023 11:14 PM
Kalau betul la, company yg kt rawang ni. Syariah compliance..
Quote monreyes 4-3-2023 11:46 PM
pelaburan ni benchmark dia ASB dgn KWSP je..tak pun FD...bank besar gajah pun x mampu bagi interest tinggi..18% mana datangnya
Quote haruslah 5-3-2023 12:01 AM
Ade lg ek skim yg bagi pulangan fix ni
Sampai 18%
Dpd dia bg korang labur, baik dia bagibsuku sakat dia labur, buat loan jer...
Untung sampai 18%. Interest baru brp je kalu loan

Da 2023 masih ada yg terpedaya
Dulu2 MO labur camni jugak
Bagi org labur byk2
Pastu sendri lingkupkn lepas dah untung juta2
Terus akaun kena freeze
Naik court. Tp pemangsa aman2 jah wp reta kena freezez

Huhu,
Pernah ditipu 10k dulu
Quote bunnyj3lly 5-3-2023 12:43 AM
Simple je.. nak tau benda tu pelaburan betul ke tak.. kalau dah level paling pemalas... You just ambil benchmark FD ajelah. Or ASB/ EPF. Kalau semua ni tak mampu bagi dividend mencanak macam yang offered by the so-called syarikat pelaburan ni, tak perlulah melebur duit anda...
Quote blue_blur 5-3-2023 01:05 AM
bebal tak nak dengar kata. bodo tak mau kaji. bini kata jangan tapi degil. da tua masih tamak. nyusahkan orang lain. tambah hutang sana sini konon buat modal, next month bayar full semula.

ei buang masa fight untuk orang tamak pemalas ni weh.
Quote axl_bach 5-3-2023 01:44 AM
Kalau cari kat Bursa,  produk yg ada nama Islamic redeemable share ni dari SP Setia.... Ada yg lain ke?
Quote axl_bach 5-3-2023 01:53 AM
Tgk Afyan tulis produk ni legit,  tp biasalah sbb jaminan pulangan tu buatkan org x pikir rugi.... High return high risk lah,  benda simple
Quote axl_bach 5-3-2023 02:11 AM
Adakah ini produk Qew group?

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.078411 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top