CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tuduhan Pinda Laporan Audit 1MDB: Najib Razak Dan Arul Kanda Dilepas Dan Dibebaskan

3-3-2023 10:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2786| Komen: 23

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi hari ini daripada pertuduhan meminda laporan audit 1MDB.


Hakim Mohamed Zaini Mazlan , yang kini Hakim Mahkamah Rayuan membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua pertuduh.

Sementara itu mahkamah membebaskan Arul Kanda daripada tuduhan bersubahat dengan Najib melakukan pindaan itu selepas memberikannya sijil indemniti (pengecualian liabiliti undang-undang) kerana keterangan yang diberikan beliau berikan adalah benar dan menyeluruh.


Foto: Harian Metro

Najib, 70, didakwa pada 12 Disember 2018, menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dilakukan terhadap Laporan Pengauditan Akhir 1MDB sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk mengelakkan sebarang tindakan diambil terhadapnya.


Arul Kanda, 45, pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan berkenaan bagi melindunginya daripada tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 23(1) dan 24(1) Akta SPRM yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan menutup kesnya pada 7 September tahun lalu, selepas memanggil 16 saksi bagi memberi keterangan dalam perbicaraan yang berlangsung selama 43 hari bermula pada 18 Februari 2019.

Ia kemudian menawarkan 18 saksi kepada pembelaan, antaranya bekas Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed; bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan bekas CEO 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

Antara saksi utama yang memberikan keterangan terhadap Najib sepanjang perbicaraan ialah Ali Hamsa; bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dan Tan Sri Dr Madinah Mohamad.

Dalam prosiding itu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib manakala tertuduh di wakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Datuk N Sivananthan.

Najib masih berdepan tiga lagi kes mahkamah termasuk penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB yang kini di peringkat perbicaraan dan setakat ini, pendakwaan telah memanggil 44 saksi.

Dua lagi kes membabitkan pecah amanah jenayah berjumlah RM6.6 bilion berhubung pembayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) dan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International sebanyak RM27 juta, yang masing-masing masih di peringkat pengurusan kes. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ladybugz 3-3-2023 01:43 PM
tahniah kerajaan pmxxray n abe jowo. hebat pemerintahan stakat ini. sgt membanggakan.
Quote kemaruk 3-3-2023 01:50 PM
memang takde kes pon

betullah apa bangkem cakap dulu masa debat dengan geng2 penghasut
Quote kemaruk 3-3-2023 02:42 PM
Yang diedit oleh najib ialah draf, bukannya audit report

Lawak giler kalau draf takleh diedit.. nama pon draf..

Benda ni la bangkem explain dari dulu tapi acik2 penghasut dan acik2 yang terhasuti susah nak paham
Quote kemaruk 3-3-2023 02:50 PM
Makin senyap dah nama najib dikaitkan dengan 1mdb

Acik2 mula sedar jalan cerita macam mana kot

Biasalah acik2 drama dah episod2 hujung baru paham cerita
Quote rashiman 3-3-2023 05:14 PM
kemaruk replied at 3-3-2023 02:42 PM
Yang diedit oleh najib ialah draf, bukannya audit report

Lawak giler kalau draf takleh diedit.. nam ...

nampak macam tujuan pendakwaan untuk nak memperkuatkan apa yg dikencing kpd rakyat....
agar rakyat tak rasa apa yg ditogoknya ada air kencing...
Quote stingerbumpy 3-3-2023 05:31 PM
kemaruk replied at 3-3-2023 02:50 PM
Makin senyap dah nama najib dikaitkan dengan 1mdb

Acik2 mula sedar jalan cerita macam mana kot

Ko nak suruh rakyat buat joget lambak tiap hari keww?

Kahkahkahkahkahkahkahkahkah

Kes2nya berderet......satu kes je boleh drag berkurun lamanya...sedangkheun banyak lagi kes berlonggok stack against him...ko ghaser? Silap silap jibon mati dlm penjara skg ini pun kes lain masih tertunggak lagi belum habis pembicaraaan....

Kes src yg tersabit kesalahannya yg memperuntukheun 12 tahun penjara kalo diibaratkheun dgn jdt dlm champions league pun dah boleh jadi 7 kali juara tau.....just to know the outcome of the case...iteww pun masih ada lanjutan utk semakan lagi....

Ko ghaser?


Kahkahkahkahkah
Quote cm_vungtau 3-3-2023 05:35 PM
Abe Jib nampak sihat aje walaupun dari penjara. Ke gambar lama?
Quote stingerbumpy 3-3-2023 05:37 PM
rashiman replied at 3-3-2023 05:14 PM
nampak macam tujuan pendakwaan untuk nak memperkuatkan apa yg dikencing kpd rakyat....
agar rakyat ...

So bolehler kita rumuskheun bahawa rakyat dah boleh mempercayai sistem penghakiman negara sekarang ini? Tidak ada tangan tangan halus yg mempengaruhi keputusan penghakiman? Atau masih was was lagi kita? Masih bergantung pada samada keputusan yg favours kita atau tidaknya?

Ahakzzzz

Kahkahkahkah
Quote rashiman 3-3-2023 06:02 PM
stingerbumpy replied at 3-3-2023 05:37 PM
So bolehler kita rumuskheun bahawa rakyat dah boleh mempercayai sistem penghakiman negara sekarang ...



mana2 hakim yg meragukan,
yg disebut2 dimahkamah luarnegara....eloklah terus disiasat kesahihannya dakwaan tersebut..


Quote stingerbumpy 3-3-2023 06:10 PM
Edited by stingerbumpy at 3-3-2023 06:11 PM
rashiman replied at 3-3-2023 06:02 PM
mana2 hakim yg meragukan,
yg disebut2 dimahkamah luarnegara....eloklah terus disiasat kesahihan ...


So do you think we should let org luar run our country purely on their assumptions and allow them to dictate how we shud run ours?

Quote pengecatbintang 3-3-2023 06:13 PM
so, bole tak kita kata PM Anwar campurtangan urusan mahkamah di balik tabir sampai Bijan n Arul terlepas?

mcmana plak tuduhan kata PM Anwar di balik tabir bagi arahan kpd SPRM utk siasat Abahcow
Quote rashiman 3-3-2023 06:29 PM
stingerbumpy replied at 3-3-2023 06:10 PM
So do you think we should let org luar run our country purely on their assumptions and allow them  ...

Kita x ikut telunjuk org luar, tapi jika ada tuduhan dari org luar, eloklah kita siasat kesahihannya, jika x betul, bolehlah diabaikan dan jika betul, x bolehlah dibiarkan, jika buat salah, kenalah didakwa atau diambil tindakkan yg sesuai.
Quote stingerbumpy 3-3-2023 06:46 PM
rashiman replied at 3-3-2023 06:29 PM
Kita x ikut telunjuk org luar, tapi jika ada tuduhan dari org luar, eloklah kita siasat kesahihann ...

We have our own sovereignty....and we dont need others especially those outside to dictate how we shud run our own country....we have our own independent justice system to handle issues of interference from outside ....

Sebab iteww aku tanya...level of trust ko pada system penghakiman kita hari ini...terutama sejak bang non takes over ini macam mana? any better?

Ko faham kheunz?



Quote rashiman 3-3-2023 07:20 PM
stingerbumpy replied at 3-3-2023 06:46 PM
We have our own sovereignty....and we dont need others especially those outside to dictate how we  ...

Kena siasat dulu apa yg ditulis oleh tommy thomas dlm bukunya dan kes hakim Nazlan perlu diselesaikan segera baru boleh menilai sistem penghakiman kita.
Quote MissYouSayang 3-3-2023 07:28 PM
"pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua pertuduh."


Jibby terlepas tak bermakna dia tak salah tapi sengaja buat kalah khens ....
Quote MissYouSayang 3-3-2023 07:31 PM
So ko nak kata apa kalo Peguam negara pilihan BMX pon berpihak kpd wak bngsat, jibby ittewww ....
Quote stingerbumpy 3-3-2023 08:33 PM
Edited by stingerbumpy at 3-3-2023 08:34 PM
rashiman replied at 3-3-2023 07:20 PM
Kena siasat dulu apa yg ditulis oleh tommy thomas dlm bukunya dan kes hakim Nazlan perlu diselesai ...


True to what I said...what favours you, you will take but you will be short of affirming your trust pada sistem perundangan dan penghakiman yg ada selagi masih ada yg belum fully memenuhi piawaian ko..sepertimana yg ko berkehendakkheun..

Utk bangsat hamjad macam ko...all i can say to you is...

Pala boo toe ler...

Kahkahkahkahkahkah

Quote rashiman 3-3-2023 09:22 PM
stingerbumpy replied at 3-3-2023 08:33 PM
True to what I said...what favours you, you will take but you will be short of affirming your trus ...


Bila keluar berita2 yg macam ini, kenalah diselesaikan segera....
boleh menimbulkan keraguan rakyat...

Didakwa campur tangan lantikan hakim, wajarkah Tun M disiasat?By
Hussaini Amran -

9 October 2022




Mahathir Mohamad

PENDEDAHAN bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berhubung pembabitannya dalam urusan pelantikan hakim-hakim kanan termasuk Ketua Hakim Negara ketika era Pakatan Harapan (PH) berkuasa memang mengejutkan kita semua.

Seperti yang termaktub dalam Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, dua kuasa utama yang diberi kepada Peguam Negara adalah kuasa pendakwaan dan penjaga kepentingan awam.

Tidak langsung disebut Peguam Negara mempunyai peranan dalam pelantikan hakim-hakim kanan maka pendedahan Tommy dalam bukunya My Story: Justice in the Wilderness telah membangkitkan banyak persoalan.

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dalam artikelnya yang terkini mendakwa, Tommy telah bertindak di luar bidang kuasanya kerana Peguam Negara tidak mempunyai peranan dalam pelantikan hakim-hakim.


Peranan memilih calon-calon hakim termasuk empat jawatan tertinggi iaitu Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya serta Hakim Besar Sabah dan Sarawak adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) yang tidak dianggotai oleh Peguam Negara.





Akta SPK 2009 (Akta 695) pula menetapkan suruhanjaya itu akan mengadakan mesyuarat selepas menerima permohonan daripada calon-calon itu sendiri.

Namun, Abdul Hamid mempersoalkan sama ada empat hakim yang dicalonkan untuk jawatan-jawatan kanan tersebut telah mengemukakan permohonan.

“Adakah mesyuarat diadakan? Siapakah yang mempengerusikan mesyuarat itu?” soalnya lagi.

Beliau berpandangan, selepas persaraan Tun Richard Malanjum dari jawatan Ketua Hakim Negara, tokoh-tokoh seperti Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya, Hakim Besar Sabah dan Sarawak serta hakim-hakim Mahkamah Persekutuan termasuk Tun Tengku Maimun Tuan Mat mempunyai kepentingan.


Walau bagaimanapun, berdasarkan buku Tommy, Abdul Hamid melihat bekas Peguam Negara itu yang memilih nama calon-calon empat jawatan tertinggi dalam sistem kehakiman negara dan membawanya kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Mereka kemudian berbincang dan setelah mendapat persetujuan Perdana Menteri, nama-nama itu dipersembahkan kepada Majlis Raja-raja yang seterusnya memberi perkenan dan menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk membuat pelantikan.

Sambil menyifatkan Tommy sebagai kingmaker dalam urusan pelantikan hakim-hakim kanan, Abdul Hamid percaya semua prosedur yang ditetapkan oleh Akta 695 telah diketepikan atau dilanggar oleh bekas Peguam Negara itu.

Pada masa yang sama, Akta 695 tidak menetapkan bentuk tindakan yang boleh diambil atau hukuman yang boleh dikenakan terhadap mana-mana individu yang membelakangkan SPK atau campur tangan dalam urusan pelantikan hakim-hakim.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 30 September lalu telah mengarahkan agensi-agensi penguatkuasaan berkaitan agar menyiasat kemungkinan salah laku oleh Tommy.

Pasukan Petugas Khas yang menyiasat dakwaan dalam buku Tommy telah mengkategorikan 19 isu penting yang dikesan dalam buku tersebut kepada empat isu utama iaitu dakwaan ke atas badan kehakiman, pendedahan maklumat dan rahsia kerajaan, tindakan tidak sah, salah guna kuasa dan kecuaian profesional dan kenyataan berbaur hasutan.

Siasatan terhadap Tommy dijalankan di bawah Seksyen 124I Kanun Keseksaan – Penyebaran Laporan Palsu & Seksyen 203A Kanun Keseksaan; Seksyen 4 Akta Hasutan 1948; Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Kita tidak perlu mengulas lanjut tentang kemungkinan salah laku oleh Tommy termasuk dakwaannya dalam urusan pelantikan hakim-hakim kanan kerana siasatan masih dijalankan oleh pihak berkuasa.

Kita juga tidak tahu sama ada Dr. Mahathir akan disiasat berhubung penglibatannya dalam urusan pelantikan hakim-hakim kanan seperti yang didakwa oleh Tommy dalam bukunya.

Mungkin kerajaan boleh mempertimbangkan perkara itu kerana beliau merupakan individu yang berbincang dengan Tommy dan bertanggungjawab mempersembahkan nama calon-calon hakim kepada Majlis Raja-raja.

Selain dakwaan salah laku terhadap Tommy, apa yang membimbangkan, terdapat kemungkinan berlaku campur tangan yang serius oleh pentadbiran Dr. Mahathir dalam urusan pelantikan hakim-hakim kanan.

“Apa yang dilakukan oleh satu pentadbiran akan diulangi oleh satu pentadbiran lain apabila berlaku perubahan kerajaan kerana masing-masing mahu orangnya sendiri.

“Sekarang pun sudah ada pemimpin-pemimpin UMNO yang bercakap mengenainya. Maka, akan berterusanlah campur tangan eksekutif dalam badan kehakiman,” jelas Abdul Hamid.

Penganalisis politik, Lim Sian See pula berpandangan, Dr. Mahathir dan Tommy mesti didakwa kerana telah melanggar undang-undang dalam urusan pelantikan hakim-hakim kanan.

Seperti yang dijelaskan beliau, Dr. Mahathir didakwa melakukan kesalahan itu pada 2018 dan 2019.

Pada 2018, SPK mencadangkan nama Tan Sri Azahar Mohamed sebagai Ketua Hakim Negara namun Dr. Mahathir mengemukakan nama Tun Richard Malanjum.

Setahun kemudian, suruhanjaya berkenaan mengesyorkan nama Tan Sri Ahmad Maarop sebagai Ketua Hakim Negara bagi menggantikan Richard.

Walau bagaimanapun, Dr. Mahathir mengemukakan nama Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang dicadangkan oleh Tommy.

“Baru sahaja lima tahun memegang jawatan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tengku Maimun melangkaui Azahar (lima tahun sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan) dan Ahmad (lapan tahun sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan) untuk menjadi Ketua Hakim Negara,” katanya.

Sian See menambah, pada 13 Jun 2018, selain Azahar, SPK mencadangkan dua lagi nama iaitu Tan Sri Rohana Yusuf sebagai Presiden Mahkamah Rayuan dan Datuk Abdul Rahman Sebli sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak.

Namun, pada 18 Jun 2018, Dr. Mahathir menulis bahawa, beliau telah memutuskan Richard sebagai Ketua Hakim Negara, Ahmad sebagai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zaharah Ibrahim sebagai Hakim Besar Malaya dan Tan Sri David Wong Dak Wah sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak.

“Dalam masa seminggu selepas hakim-hakim kanan pilihan Dr. Mahathir dilantik, hakim bagi perbicaraan kes SRC International digantikan dengan Hakim Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali yang tidak mempunyai pengalaman mengadili kes jenayah,” kata Sian See.

Selain itu, Sian See mendakwa, Dr. Mahathir menerusi surat bertarikh 18 Mac 2019 telah bersetuju dengan syor SPK yang mencadangkan Ahmad sebagai Ketua Hakim Negara, David Wong sebagai Presiden Mahkamah Rayuan, Tengku Maimun sebagai Hakim Besar Malaya dan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak.

Walau bagaimanapun, Ketua Setiausaha Sulit Dr. Mahathir dalam surat bertarik 21 Mac 2019 meminta nama-nama tersebut ditarik balik dan dibatalkan.

Pada 8 April 2019, Dr. Mahathir menyatakan beliau memutuskan bersetuju dengan cadangan pelantikan Tengku Maimun sebagai Ketua Hakim Negara, Rohana sebagai Presiden Mahkamah Rayuan dan Abang Iskandar sebagai Hakim Besar Malaya. – MalaysiaGazette

PANAS: Nama Hakim Nazlan muncul lagi dalam dokumen 1MDB, terlibat dalam cadangan penubuhan SRCby - Cinca on - 4/01/2022 09:18:00 Am



BOOM!!!!

Sebelum ini terdedah minit mesyuarat Maybank yang menunjukkan bahawa Nazlan terlibat dalam mesyuarat Maybank dan 1MDB ketika meluluskan pinjaman dari Maybank sebanyak lebih RM 6 billion untuk pembelian Tanjung Energy.

Sebagai Ketua Peguam syarikat, semestinya Nazlan berurusan dengan Jasmine Loo yang merupakan peguam 1MDB dan Tim Liessener yang merupakan CEO Goldman Sachs ketika itu. Goldman Sachs mengaut komisyen cukup lumayan hasil pembelian Tanjung ini.

TS Shafee telah mengatakan bahawa beliau rasa adalah mustahil juga Nazlan tidak mengenali Jho Low. Kesemua mereka ini adalah penyangak-penyangak 1MDB yang telah melarikan diri.



Read more: https://www.cinca.news/2022/04/nama-hakim-nazlan-muncul-lagi-dalam-dokumen-1mdb.html#ixzz7uttzlHjL









Quote stingerbumpy 3-3-2023 09:42 PM
rashiman replied at 3-3-2023 09:22 PM
Bila keluar berita2 yg macam ini, kenalah diselesaikan segera....
boleh menimbulkan keraguan raky ...

60 tahun hidup rakyat dlm keraguan....ko kemana? what is another 5 more yrs?

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.116791 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top