CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penumpang Kapal Terbang Degil, Selamba Ambil Seat Tepi Tingkap Orang Lain Semata-Mata Nak Tengok View

3-3-2023 10:38 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5786| Komen: 70

Seorang individu dikenali sebagai Ayien berdepan dengan penumpang lain yang berdegil untuk duduk di kerusinya disebabkan mahu menikmati pemandangan di tepi tingkap.

“Masuk-masuk dalam kapal terbang dah nak bikin panas. Tak dapat duduk tepi tingkap memang boleh buat gaduh. Aku beli tempat duduk memang aku nak duduk situ,” ciapnya.


Ayien turut berkongsi perbualan dia dan penumpang tersebut ketika hendak membuat pertukaran semula.


Foto: Twitter

“Hai, tempat duduk 5A, (sambil senyum),” kata Ayien.

“Ya, saya nak duduk dekat sini boleh?,” soal penumpang tersebut.

“Tak boleh, saya nak duduk di tempat duduk saya,” balas Ayien.

“Awak duduk di tempat duduk C boleh? kan sama sahaja duduk dekat A atau C ke,” soal penumpang itu lagi.

Ayien dengan tegas tetap meminta penumpang itu beredar dari tempat duduknya dengan segera sebelum pramugari membuat pengumuman.


“Masa ini dah tak senyum dah, tinggi sikit suara, orang pun dah tengok. Aku beli tempat duduk kau pula nak pemandangan situ.

“Dia (penumpang) bangun dan kembali ke tempat duduk asal dia. Kemudian pramugari buat pengumuman untuk penumpang duduk di tempat masing-masing,” kongsinya.

Sementara itu, perkongsian Ayien turut mendapat reaksi orang ramai dan ada di antara mereka mendedahkan pernah melalui situasi sama yang terpaksa berdepan dengan sikap penumpang pentingkan diri sendiri serta menyusahkan orang lain. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote renko 3-3-2023 10:40 AM
perangai pprt naik bas mini terbawa2 naik kapal terbang
Quote azlinahmad 3-3-2023 10:48 AM
pun pernah kena juga. memang orang macam tu ada dimana mana je.
Quote venom1 3-3-2023 10:51 AM
kalau seat dah dibeli mmg kena sound setepek la..kalau masih degil panggil pramugari atau pramugara. Tak dengar jugak suruh dia berambus dari flight
Quote TabletSusu 3-3-2023 10:53 AM
sendiri xnak keluar duit book seat. dia igt naik bas mini, siapa cepat dia dpt
Quote she 3-3-2023 10:58 AM
Orang macam ni dia sentiasa berasa orang kena beralah dengan dia
Quote zuliana29 3-3-2023 11:09 AM
seat dh beli, wajar la stay dkt seat yg sama. huhu..
jenis sakai naik flght. lain la kalau org tu ok je kalau tukar seat.
Quote Themilo 3-3-2023 11:48 AM
weols blom pernah kena lagi dengan spesis bodo macam ni. kalau ada, memang nahas la dia..
Quote samperit 3-3-2023 11:51 AM
she replied at 3-3-2023 10:58 AM
Orang macam ni dia sentiasa berasa orang kena beralah dengan dia

ye makcik. kalau kena dkt i, boleh blah! xboleh nak tolerate pasal seat sbb kita mmg byr lebih alih2 ada monyet nak ambik seat kita pulak! byk cantikk
Quote xy_daen 3-3-2023 11:57 AM
Duduk ikut seat ko beli la. Dasar
Quote talapia 3-3-2023 11:59 AM
sib baik dia fight for her right. Ingat nak husnuzon dugaan segala kot.
Tapi melampau eh.. kau taktau ke bole bayar for your seat? Kau nk view tingkap ka.. nak view aisle ka.. tepi pintu ka.. bayar la lebih.. kalau x.. terima je la mane tiket yg dapat. Sengal la
Quote ladybugz 3-3-2023 12:01 PM
common sense. a phrase that some people tend to forget nowadays.
Quote She-Ra 3-3-2023 12:02 PM
setakat ni tak pernah kena lg dan iols tak beli seat
iols pilih je seat yg free dan tepi tingkap
aman2 je.. kalau jumpa spesis gini, seat free pun aku paksa org tu bgn
tau tak seat dan nama tu utk memudahkan sekiranya terjadi apa2?
Quote kechikchomel 3-3-2023 12:03 PM
ntah pape pencuri seat orang tu.
kemainn kata duduk mana2 pun sama je. dah tu kenapa ko tak duduk je kat seat asal ko?
Quote kechikchomel 3-3-2023 12:08 PM
She-Ra replied at 3-3-2023 12:02 PM
setakat ni tak pernah kena lg dan iols tak beli seat
iols pilih je seat yg free dan tepi tingkap
a ...

pernah jadi kat iolss, orang nak tukar seat. tapi masa tu iolss tak beli la seat tu.seat asal iolss window. tukar dgn seat aisle.
cumanya, masa tu iolss ada pre book meal. iolss bagitau la dekat dia.
Quote gede-bab 3-3-2023 12:17 PM
Macam-macam lah perangai...nak tepi tingkap keluarlah duit lebih sikit...
Quote zehra2 3-3-2023 12:18 PM
takde duit,hidup je lah sekadar nya yg mampu. jgn curi hak orang
Quote drivethru 3-3-2023 12:19 PM
Pernah kena sekali dgn malindo air. Seat window aku x beli pun. Tapi dapat. Bila masuk flight, tgk seat dah ada budak kecik duduk. Tapi ayah dia cakap dgn baik kat aku. Sbb budak tu oku, seat pun aku tak beli, aku mengalah. Janji budak tu happy. Kalau org dewasa, mmg aku mintak duit. Walaupun aku x beli seat.
Quote She-Ra 3-3-2023 12:30 PM
kechikchomel replied at 3-3-2023 12:08 PM
pernah jadi kat iolss, orang nak tukar seat. tapi masa tu iolss tak beli la seat tu.seat asal iols ...

yezzzaaa begitulah
seat free pun ok apa... selalu dpt tepi tingkap
Quote elecom 3-3-2023 12:33 PM
aku selalu kena..tp selalunya x beli window..aku selalu beli aisle seat area depan2 sbb nak cepat keluar..byk urusan lain.

Selalunya aku akan consider kasi tukar bila budak2 kecik jauh dgn parents or ada org tua yg memerlukan bantuan.

Ada sekali org tua ni, first time naik flight..seat jauh dgn anak dia..anak dia inform cabin crew mintak tolong cakapkan dekat aku..so aku setuju jer la tukar walaupun kena tukar ke belakang ????

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 06:17 PM GMT+8 , Processed in 0.181971 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top