CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Video Tular: Aksi Bahaya Tiga Remaja Keluarkan Kepala Melalui Sunroof Kereta

3-3-2023 10:05 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2276| Komen: 21

IPOH: Polis menyiasat video tular aksi berbahaya tiga remaja mengeluarkan kepala melalui ‘sunroof’ sebuah kereta di Jalan Sultan Idris Shah, di sini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, satu laporan polis diterima berkaitan perkara itu dan semakan mendapati kejadian berlaku pada pukul 10.40 malam, kelmarin.


Katanya, pihak polis juga telah berjaya mengesan pemandu dan penumpang kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard itu.



“Ketiga-tiga individu terbabit berusia 16 dan 13 tahun manakala ketika kejadian, ibu mereka juga berada dalam kenderaan yang dipandu saudara mereka,” katanya dalam kenyataannya, di sini hari ini.

Menurut beliau, pihaknya sedang mengesan individu yang merakam kejadian itu bagi membantu siasatan atau boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintenden Yap Siew Cheng di talian 012-9093362


Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain dan Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-kanak 2001 kerana mendedahkan kanak-kanak dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal. – IPOH: Polis menyiasat video tular aksi berbahaya tiga remaja mengeluarkan kepala melalui ‘sunroof’ sebuah kereta di Jalan Sultan Idris Shah, di sini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, satu laporan polis diterima berkaitan perkara itu dan semakan mendapati kejadian berlaku pada pukul 10.40 malam, kelmarin.

Katanya, pihak polis juga telah berjaya mengesan pemandu dan penumpang kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard itu.

“Ketiga-tiga individu terbabit berusia 16 dan 13 tahun manakala ketika kejadian, ibu mereka juga berada dalam kenderaan yang dipandu saudara mereka,” katanya dalam kenyataannya, di sini hari ini.

Menurut beliau, pihaknya sedang mengesan individu yang merakam kejadian itu bagi membantu siasatan atau boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintenden Yap Siew Cheng di talian 012-9093362

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain dan Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-kanak 2001 kerana mendedahkan kanak-kanak dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mdhelmi 3-3-2023 10:24 AM
sebenarnya boleh ke tak boleh keluar kepala kat sunroof?
ke keluar kepala kene pakai helmet ibarat macam naik motor
Quote hareeeesah 3-3-2023 10:34 AM
Keluar kepala time moving car xbole kn.. kalau stop park tepi bole je.

Ada kes dulu bdk keluar kepala kat tingkap bas skola, pastu depan ada lori park mak/pakcik bas mana la tau dia kat belakang keluar kepala plak. menjerit kwn-kwn dlm bas, al-fatihah utk bdk tu..
Quote mejaputih 3-3-2023 10:43 AM
bahayanya...kan ada apa2 halangan atas tu mau tercabut kepala...
Quote dekmieDandy 3-3-2023 10:56 AM
mdhelmi replied at 3-3-2023 10:24 AM
sebenarnya boleh ke tak boleh keluar kepala kat sunroof?
ke keluar kepala kene pakai helmet ibarat m ...

tak boleh la kot, sebab peraturan kita, wajib pakai seatbelt

kalau kepala dah keluar tu, memang tak pakai setbelt la rasanya
Quote prettyuglybabe 3-3-2023 10:57 AM
kereta sewa ke tu peghak lain macam
Quote supernaturalee 3-3-2023 10:59 AM
bila kepala dia nk putus

Quote she 3-3-2023 11:04 AM
dekmieDandy replied at 3-3-2023 10:56 AM
tak boleh la kot, sebab peraturan kita, wajib pakai seatbelt

kalau kepala dah keluar tu, memang t ...

Bagus jawapan ni
Logik ikut fakta
Syabassss

Btw kenapa nama Dandy?
Macik teringat pulak dak Mario Dandy yang pukul kepala David tu
Quote dekmieDandy 3-3-2023 11:14 AM
she replied at 3-3-2023 11:04 AM
Bagus jawapan ni
Logik ikut fakta
Syabassss

hahaha, rasanya time register CI haritu, ada ads 'how to dress preppy/dandy' way ke rasanya

tu saja boh nama Dandy
Quote Nnasda53 3-3-2023 11:16 AM
Di sebabkan jakun tak pasal kena siasat
Quote asamfish 3-3-2023 12:22 PM
mdhelmi replied at 3-3-2023 10:24 AM
sebenarnya boleh ke tak boleh keluar kepala kat sunroof?
ke keluar kepala kene pakai helmet ibarat m ...

tak boleh!  apabila seseorang berada di dalam kenderaan yang bergerak, diwajibkan memakai talipinggang keselamatan.  kalau dah kepala terkeluar di sunroof, harus lah penumpang itu berdiri dan mana mungkin talipinggang keledar terpasang.  

Quote Highflyer19 3-3-2023 04:13 PM
asamfish replied at 3-3-2023 12:22 PM
tak boleh!  apabila seseorang berada di dalam kenderaan yang bergerak, diwajibkan memakai taliping ...

So tk betul lah org ckp once keluar kepala kt sunroof kna cepat2 pkai helmet sbb dh bukak seatbelt…sbb nk pastikan keselamatan terus terjaga…
Quote airfilterkotor 3-3-2023 04:47 PM
Seat belt panjang la.... korang apa tau.

-pemilik T20 totoya wellfire/alfart.
Quote elnor_81 3-3-2023 06:00 PM
Bru ni aku bwk keta..nmpk sorg pompuan ni drive smbil anak kat pangku kepala kluar kt tingkap. Aku rse dlm sthn kot umur anak tu. Dh la kt jalan utama kt kuantan ni. Gile laaa!!!riso aku tgk.mentang2 sng dpt anak..selamba ko perjudikan nyawa anak tu
Quote dudaberhias 3-3-2023 08:35 PM
untuk have fun ambil angin petang2 boleh jer tapi sekejap2 dan kawasan lapang..

tapi tu la peghaknyaaa... anak sape lah tu keluar kepala kat sunroof... hanak2 orang lain naik vellfire pun semua pakat main fon jah... di who are yusss kan jah sunroof tu...
Quote bintangct 4-3-2023 01:18 AM
hari tu kat area umah aku ni bdk² 2 beradik kot naik hilux duduk belakang.. dah la xde org dewasa pantau Yg driver sorg tgh drive, bapaknya kot
Walaupun bkn drive kat jalan besar tp iols rasa tetap bahaya Nyaris aku tak amik vid je Kalo tak viral gak tu bengong punya penjaga.. bila hon dia bole plak bwk laju..
Quote mosti 4-3-2023 05:03 AM
Kalau macam tu, apa fungsi sunroof??baru tahu x boleh. Dulu masa kecik , pernah juga keluar kat sunroof tu masa kereta bergerak. Pernah tengok , kereta yang bumbung terbukak..kalau bumbung terbukak habis, boleh pulak ye?
Quote tukul 4-3-2023 08:22 AM
Tgh2 drive driver terbrake emergency...mau tercampak ke depan budak2 tu...
Quote kemaruk 4-3-2023 09:16 AM
bangkem naik z4 milik @stingerbumpy bukak bumbung jalan2 bukit bintang sambil  catfishing awek2 vietnam ok jer
Quote kucingitam 4-3-2023 09:52 AM
mosti replied at 4-3-2023 05:03 AM
Kalau macam tu, apa fungsi sunroof??baru tahu x boleh. Dulu masa kecik , pernah juga keluar kat sunr ...

bumbung buka habis boleh tapi kena duduk atas seat la.
toksah diikut mcm bini2 abang jamil yg duduk atas belakang kereta tu.
kalau emergency break, tergolek bini2 abg jamil tu terus atas jalan...haha

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 06:59 PM GMT+8 , Processed in 0.292609 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top