Baru-baru ini tular video seorang pemuda Islam tanpa segan silu meneguk minuman beer. Lebih menimbulkan kemarahan ramai apabila lelaki terbabit membaca 'Bismillah' sebelum meminum minuman itu.
Tidak cukup setakat itu, dia seterusnya mengambil gelas kedua yang dinamakan 'stout', iaitu sejenis lagi minuman keras dan meminumnya. Setelah menerima kecaman ramai, lelaki itu kemudiannya tampil memberikan penjelasan dengan mengatakan kedua-dua minuman itu tidak mengandungi alkohol. "Minuman yang saya minum itu memang dinamakan 'beer' dan 'stout' tapi minuman itu sebenarnya tidak mempunyai alkohol. Saya makan di bar mesra Muslim milik kawan saya di Singapura. "Minuman itu adalah berasaskan tumbuh-tumbuhan. Saya cuma mahu support bisnes anak Melayu kita," katanya memberikan penjelasan di atas tindakannya.
Susulan itu pendakwah bebas Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee berkata, minuman itu secara asasnya mungkin halal kerana tidak mempunyai alkohol tetapi nama yang digunakan itu adalah tidak sesuai. "Isu pokok tentang sama ada makanan atau minuman tersebut halal atau tidak sudah pun dijelaskan oleh pemuda itu... halal kerana tidak ada alkohol. "Cuma namanya disebut sebagai 'beer'. Nama itu tidak mencerminkan adab, sama seperti hotdog dan root beer. "Nama tak elok tapi halal. "Nama tak cantik tetapi akhlak cantik," kata Ridhuan Tee mengulas isu tersebut. Tambah Ridhuan Tee, menjadi tanggungjawab pemilik restoran berkenaan untuk memberikan nama yang baik kepada minuman itu kerana ia boleh menimbulkan salah faham dan mencetuskan kebimbangan kepada orang ramai. Katanya jika berterusan, risau perbuatan yang haram secara asalnya di sisi syarak menjadi kabur dan diterima sebagai perkara yang dibolehkan sehingga dinormalisasikan oleh umat Islam. "Eloklah bagi satu nama yang lebih beradab. Takut nanti, orang yang tidak faham... dia kata 'beer' yang beralkohol pun boleh minum. "Pada saya elok tukarlah namanya, contoh minuman sekian-sekian, yang penting nama yang lebih beradab," kata Ridhuan Tee memberikan pandangan. Ujarnya lagi, perkara yang paling dibimbangi ialah sekiranya perbuatan menggunakan nama makanan atau minuman yang sinonim dengan isu haram menimbulkan salah faham dalam masyarakat. "Kita orang Islam, kaya dengan adab dan sopan. Nama cantik tapi akhlak buruk tak guna juga. "Kita fikir soal orang lain, bukan diri kita sahaja. Di luar sana ada yang jahil. "Takut nanti esok-esok mereka kata 'beer' ada alkohol pun okey sebab dah terbiasa dengan minuman bernama 'beer' yang halal," kata Ridhuan Tee menutup bicara. -CARI Sumber: mStar Online
|
Ahriman replied at 3-3-2023 11:35 AM
Macam isu merokok baca Bismillah..hahaha
sara_thrash replied at 3-3-2023 10:16 AM
apa nak heran. aku pernah pergi 1 cafe yang ada nyanyi2. sambil perform sambil dia teguk air tu.
kemaruk replied at 3-3-2023 11:44 AM
Ada jugak pompuan one night stand dengan bangkem tapi solat subuh uols
Awkward giler
ADVERTISEMENT