CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Leonardo DiCaprio, Kim Kardashian Diasak Dedah Rahsia Tentang Skandal 1MDB

3-3-2023 09:18 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2899| Komen: 31

Kuala Lumpur: Selebriti Leonardo DiCaprio dan Kim Kardashian disoal siasat Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri Amerika Syarikat (AS) dan Jabatan Kehakiman (DoJ) berhubung penyelewengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).


Menurut laporan Bloomberg Businessweek semalam, pada April 2018, DiCaprio menceritakan kepada ejen mengenai hubungannya dengan ahli perniagaan, Low Taek Jho atau dikenali Jho Low bermula di kelab malam.

Katanya, dia diberitahu, wang Jho Low datang daripada 'individu paling kaya' yang tidak dikenali di Abu Dhabi dan Jho Low ialah 'pakar perniagaan'.

Laporan itu berkata, hubungan Jho Low dengan DiCaprio dan selebriti lain mendapat perhatian ketika pendakwa raya bersedia bagi perbicaraan membabitkan ahli kumpulan hip hop, Fugees, Prakazrel 'Pras' Michél.


Foto: Republic World

Antara senarai saksi berpotensi Michél ialah DiCaprio, Obama, bekas presiden AS, Donald Trump dan pengusaha hotel, Steve Wynn.


Dokumen tidak didedahkan FBI sebelum ini, yang disemak Bloomberg Businessweek menawarkan perakaunan lebih terperinci mengenai tawaran itu dan menunjukkan cara ejen persekutuan memaksa selebriti dan pengendali mereka untuk mendapatkan maklumat berkaitan Jho Low.

Kardashian misalnya, pada Februari 2019 memberitahu FBI pertemuannya dengan Jho Low dan berpesta di Las Vegas dengan ahli perniagaan itu memberi tunangnya ketika itu, Kris Humphries, AS$100,000 (RM447,550) untuk bunga api bagi perkahwinan mereka pada 2011.

Beberapa tahun kemudian, dia menawarkan karya Basquiat kepada Kim, mendorong suaminya ketika itu, Kanye West, untuk meminta Monet, tulis ejen berkenaan.

Menurut Bloomberg Businessweek, wakil DiCaprio dan Kim bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Kim turut menceritakan perihal pemindahan wang yang luar biasa.

Berdasarkan ringkasan temu bual FBI, dia dan yang lain termasuk penerbit bersama Wolf of Wall Street, Riza Aziz dan Joey McFarland, berada di kasino di Las Vegas bersama Jho Low. -CARI

Sumbwr: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 3-3-2023 09:20 AM
hebat melayu...sampai kim tetek besaq pun kena heret sekali
Quote hyie 3-3-2023 09:27 AM
see my level katanya
Quote bungarose 3-3-2023 09:30 AM
Seronok makan duit haram hak rakyat
Quote ifanonline 3-3-2023 09:33 AM


babi ni takleh tangkap lagi, PDRM ka, interpol ka, takleh buat ape...ada higher up yg bela babi hutan ni sekor
Quote JahLupa 3-3-2023 10:18 AM
Dari belanja fireworks tu saje brp ramai rakyat miskin boleh terbela nasib dri duit tu..tu baru fireworks. [em:7:][em:7:]
Quote zuliana29 3-3-2023 10:25 AM
hebatnya masih lepas bebas di luar sana
Quote supernaturalee 3-3-2023 11:13 AM
8.3.2023 - netflix


MH370


Quote rashiman 3-3-2023 11:44 AM
Jho Lo lagi.....
tersedak jho Lo yg sedang berjoli sakan

Quote cmf_premierleag 3-3-2023 02:04 PM
Babi punya jolow
Duit cukai yg aku bayar ko pegi tarah buat fireworks utk tunang jlo. Aku punya majlis kawen pun takde nya nk buat fireworks bagai....eh bangsat punya najib
Quote ladybugz 3-3-2023 02:24 PM
bestnya belanja duit org malaysia mcm mak bapak dia punya. moga jhonlow jatuh bankrap miskin papa kedana n tidur di kandang penyondol n najis n sentiasa hidup dalam ketakutan.
Quote nikaido 3-3-2023 02:25 PM
Babi jholow & rakan sekutunya MO1(malaysia official 1)
Quote Clan204 3-3-2023 02:30 PM
ifanonline replied at 3-3-2023 09:33 AM
babi ni takleh tangkap lagi, PDRM ka, interpol ka, takleh buat ape...ada higher up yg bela babi hu ...

bukan lehnat ni bawah protection abg besar kerajaan ccp ke? cam mana nak tangkap tu
Quote kemaruk 3-3-2023 02:31 PM
Dah makin slow dah mention nama najib

Acik2 dah sedar dan baru paham kot
Quote kakikuDibibirmu 3-3-2023 02:37 PM
Taik terjulur-julur tersenyum sinis
Quote ifanonline 3-3-2023 02:42 PM
kemaruk replied at 3-3-2023 02:31 PM
Dah makin slow dah mention nama najib

Acik2 dah sedar dan baru paham kot

najib dah ke dlm...yg masih bebas belum ke dlm lagi..
Quote kemaruk 3-3-2023 02:44 PM
ifanonline replied at 3-3-2023 02:42 PM
najib dah ke dlm...yg masih bebas belum ke dlm lagi..

Najib ke dalam bukan sebab 1mdb ok
Quote ifanonline 3-3-2023 02:57 PM
kemaruk replied at 3-3-2023 02:44 PM
Najib ke dalam bukan sebab 1mdb ok

1mdb related bang
Quote dani-rox 3-3-2023 06:38 PM
duit tabung haji kwsp acik2 semua dlm tuh. siapalah bangkai bodoh yg sign bagi duit buta2 mcm tu kat babi jholow.
Quote airmineral 4-3-2023 02:51 PM
memalulan sungguh la
jholow tu bila nak tangkapp

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 07:03 PM GMT+8 , Processed in 0.381597 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top