CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sesat Di Hutan Amazon 31 Hari- Hanya Makan Cacing Dan Serangga, Minum Air Hujan Untuk Terus Hidup

3-3-2023 09:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1347| Komen: 11

LA PAZ, Bolivia – Seorang lelaki di Bolivia yang tersesat di hutan Amazon selama 31 hari sambung nyawa dengan memakan cacing serta serangga.

Badan Penyiaran Britain (BBC) melaporkan, Jhonattan Acosta, 30, terpisah daripada empat rakannya ketika memburu di utara Bolivia. 


Selama sebulan, dia terpaksa meminum air hujan yang dikumpul di dalam kasutnya dan memakan cacing serta serangga, selain bersembunyi daripada jaguar dan peccaries iaitu sejenis mamalia seperti babi.


Foto: BBC

Dia juga memakan buah-buahan liar yang seakan-akan sama dengan betik, dikenali sebagai gargatae untuk bertahan hidup. 

Menurut Acosta, selepas 31 hari, dia ternampak kumpulan penyelamat sejauh kira-kira 300 meter sebelum berjalan terkial-kial ke arah mereka melalui semak berduri sambil menjerit meminta tolong.

Dia kemudian diselamatkan oleh kumpulan tersebut yang terdiri daripada penduduk tempatan dan rakan-rakannya selepas sebulan dia dilaporkan hilang.


Acosta didapati kehilangan berat badan sebanyak 17 kilogram, buku lali terkehel dan mengalami dehidrasi ketika dia ditemui. Menurut mereka yang menjumpainya, dia masih boleh berjalan tetapi dalam keadaan tempang.

“Sungguh luar biasa, saya tidak percaya orang ramai meneruskan pencarian untuk sekian lama. Saya makan cacing dan serangga, anda tidak percaya semua yang saya lakukan untuk bertahan selama ini,” kata Acosta kepada Unitel TV.

Keluarga Acosta dilaporkan akan menyoal secara beransur-ansur mengenai butiran bagaimana lelaki tersebut boleh tersesat kerana dia masih mengalami gangguan psikologi akibat kejadian itu. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 3-3-2023 11:21 AM
peccaries


gugel jumpa video
mcm capibara pun ye
comey gop

Quote intan244 3-3-2023 03:11 PM
makan buah sudah la, yg pi makan cacing buat apa.
Quote Simunggu 3-3-2023 03:29 PM
intan244 replied at 3-3-2023 03:11 PM
makan buah sudah la, yg pi makan cacing buat apa.

makan botot kah...kan..
Quote tripleid 3-3-2023 03:50 PM
iol suka terbang merentasi hutan Amazon dlm app flight radar..rasa tenang je tgk pemandangan hutan luas sejauh mata memandang
Quote supernaturalee 3-3-2023 04:05 PM
tripleid replied at 3-3-2023 03:50 PM
iol suka terbang merentasi hutan Amazon dlm app flight radar..rasa tenang je tgk pemandangan hutan l ...

ada nmpk anaconda x
Quote copy_paste 3-3-2023 04:05 PM

aku pun google gak, same mcm baby utan lebih kurang
Quote copy_paste 3-3-2023 04:06 PM
intan244 replied at 3-3-2023 03:11 PM
makan buah sudah la, yg pi makan cacing buat apa.

dlm sebulan tu rasanya bukan selalu dpt jumpa buah,tu yg makan apa yg ada
Quote myakayina 3-3-2023 04:09 PM
17kg susut badan dia.. survivor betul..
Quote tripleid 3-3-2023 04:13 PM

kite fly 40,000feet atas langit mana lah nak nmpak..kalau ado kelibat pun mgkin saiz ular lidi jah
Quote supernaturalee 3-3-2023 04:35 PM
tripleid replied at 3-3-2023 04:13 PM
kite fly 40,000feet atas langit mana lah nak nmpak..kalau ado kelibat pun mgkin saiz ular lidi jah ...


Quote Orix 3-3-2023 04:46 PM
kuat semangat betul. tahniahhh da selamat

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 06:29 PM GMT+8 , Processed in 0.948970 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top