CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rumah Di Kota Tinggi Tenggelam Sampai Paras Hidung- Sejadah Kering Terhampar Arah Kiblat, Al-Quran Pun Tak Basah

2-3-2023 06:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1506| Komen: 8

Beberapa kawasan di Johor kini dilanda banjir teruk dengan bilangan mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat setakat pagi Khamis.

Fenomena air pasang yang mengakibatkan keadaan banjir itu bagaimanapun turut menyaksikan satu kejadian luar biasa.


Menerusi video yang tular di media sosial, sebuah rumah dimasuki air banjir, namun sehelai sejadah termasuk senaskah al-Quran tidak basah selepas surut.



Berkongsi pengalaman kepada mStar, Nur Hidayah Raja Norkamalrudin yang menyewa rumah tersebut bersama keluarganya berkata, kawasan perumahan teres dua tingkat di Taman Aman di Kota Tinggi, Johor itu mula dinaiki air bermula awal pagi Rabu.

Ketika kejadian, wanita berusia 28 tahun itu memberitahu dia sekeluarga berada di Johor Bahru dan dimaklumkan oleh jiran mengenai perkara tersebut sebelum bergegas pulang ke rumah.

"Air banjir mula naik kira-kira pukul 3.30 pagi. Jiran telefon beritahu rumah dah dinaiki air paras pinggang. Suami ajak balik ke Kota Tinggi, tapi jalan ke rumah dah tak boleh masuk.

"Selepas itu, paras air naik sampai cecah hidung. Banjir mula surut semalam, kira-kira pukul 4 petang dan kami balik semula untuk tengok keadaan rumah.

"Masa masuk rumah tu keadaan memang berlecak penuh dengan lumpur. Tiba-tiba suami panggil untuk tengok ruang solat di tingkat bawah dan sejadah kering tanpa sedikit pun terkena air banjir mahupun kesan lumpur," katanya kepada mStar.


Foto: IG

Kata Hidayah, kedudukan ruang solat itu terletak di antara dapur dan tangga untuk naik ke tingkat atas rumah yang disewa sejak dua tahun lalu.

"Pintu sliding pecah terbuka dari landasan, habis barang-barang dapur 'berubah' ke ruang tamu termasuklah dua peti sejuk besar sampai 'terbaring'.

"Bukan setakat sejadah, alas untuk letak sejadah juga tidak basah dan tiada lumpur. Saya tengok depan mata rasa terkedu, nak menangis," ujarnya yang berasal dari Johor Bahru.

Menurut ibu kepada tiga cahaya mata itu, dia tidak menyangka kejadian luar biasa yang membabitkan sehelai sejadah dan senaskah al-Quran itu berlaku di rumah sewanya.

"Sedangkan telekung dan kain pelikat yang digantung di dinding ruang solat pada kedudukan lebih tinggi tetap basah dan ada kesan lumpur.

"Lebih mengejutkan kami apabila lantai yang menempatkan alas dan sejadah memang berlumpur. Tapi alas dan sejadahnya tidak.

"Selama ini saya hanya tengok kejadian macam ini menerusi video di Facebook, tak sangka saya sekeluarga sendiri mengalaminya," ujarnya.

Menurutnya lagi, kebanyakan perabot dan kelengkapan di tingkat bawah rumah sewanya rosak akibat banjir.

Selain alas, sejadah dan al-Quran, Hidayah yang mengusahakan bisnes makanan turut memberitahu rehal untuk meletakkan kitab suci itu di ruang solat turut kering.

"Hebatnya kuasa Allah... Tuhan tu nak jentik kita, beri peringatan kepada umat manusia yang kadang-kadang melakukan dosa.

"Banjir dah surut semalam, tapi hari ini pun hujan lagi. Ada jalan di kawasan sini dah tutup. Harap tak ada gelombang kedua (banjir)," katanya.

Sebagai peringatan, penemuan sebegini selalunya mengundang kekaguman dan keterujaan dalam masyarakat.

Hakikatnya tidak salah sekiranya kita berasa teruja dan memuji kebesaran Allah pada setiap penemuan tersebut namun janganlah sampai terlalu taksub dan berlebihan, kerana Islam bukan begitu.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nizleen86 2-3-2023 06:59 PM
Dia dah mula dah cerita mcm ni.....
Quote pooh~key 2-3-2023 08:35 PM
Jap akak nak try berak kat atas sejadah akak ni jap dek. Agak2 kalau buntut akak bernanah, akak masuklah islam balik dek.
Quote pooh~key 2-3-2023 08:35 PM
Jangan kau orang terkejut yach akak ada sejadah dekkkk….
Quote AbukRokok 2-3-2023 08:45 PM
Berani ke nk panggil tin foil hat?
Quote Skuau 2-3-2023 08:48 PM
pooh~key replied at 2-3-2023 08:35 PM
Jap akak nak try berak kat atas sejadah akak ni jap dek. Agak2 kalau buntut akak bernanah, akak masu ...

gambor..mana gambor???
Quote pooh~key 2-3-2023 08:52 PM
Skuau replied at 2-3-2023 08:48 PM
gambor..mana gambor???

Jap tunggu perut akak ada rasa nak memerut dek.
Quote sharlenetexas 2-3-2023 08:54 PM
pooh~key replied at 2-3-2023 08:35 PM
Jap akak nak try berak kat atas sejadah akak ni jap dek. Agak2 kalau buntut akak bernanah, akak masu ...

Bontot bernanah kena infection sbb selalu kena tala.

Quote pooh~key 2-3-2023 08:55 PM
sharlenetexas replied at 2-3-2023 08:54 PM
Bontot bernanah kena infection sbb selalu kena tala.

Okay lah tu sissy sharlene. Akak masuk islam sebab selalu kena tala, what a story sis.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 06:47 PM GMT+8 , Processed in 0.067414 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top