CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Bagi Anak 10 Bulan Hisap Vape

2-3-2023 06:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 566| Komen: 1

CANBERRA – Seorang wanita memuat naik sebuah klip video di media sosial yang memaparkan situasi dia memberi bayinya menghisap vape, lapor akhbar New York Post.

Berdasarkan rakaman tersebut, seorang wanita didengari bertanya kepada seorang bayi lelaki, ‘Mahu cuba?’, sebelum memasukkan vape ke dalam mulutnya.




Dalam video lain, seorang rakan kepada wanita tersebut ketawa selepas bayi berusia 10 bulan itu tersedak ketika menyedut asap.

Polis New South Wales di Australia telah memuat naik video tersebut dan memeriksa keadaan seorang bayi di Mid-North Coast. Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat.

Orang ramai di ruangan komen menggesa bayi itu diambil daripada ibunya.

“Siapa yang tergamak memberi anak mereka hisap vape? Sila matang dan jadi ibu yang lebih baik,” komen seorang netizen.

Bagaimanapun, wanita itu mempertahankan dirinya ketika membalas komen netizen.


“Semua orang bercakap mengenai saya dan bayi saya, lihat sendiri latar belakang diri sendiri. Anda juga tidak sempurna jadi teruskan mengkritik, anda juga tidak berguna,” katanya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 2-3-2023 08:35 PM
Pprt nya perangai sis.


Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.107379 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top