CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki OKU Kecewa Dihalang Guna Gimnasium, Alasannya Bahaya Sebab Berkerusi Roda

2-3-2023 05:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 608| Komen: 1

Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) kecewa apabila didakwa dihalang daripada menggunakan kemudahan gimnasium atas alasan menggunakan kerusi roda.

Menerusi akaun Twitter Jason King, lelaki OKU itu memuat naik sebuah video berserta luahan rasa kecewa selain memberitahu tidak menghadapi masalah sewaktu menggunakan gimnasium itu sebelum ini.


Foto: Twitter

“Dah beberapa bulan aku dok mai gym (gimnasium), tiba-tiba hari ni aku diberitahu lepas ni aku tak boleh masuk gym dengan alasan keadaan aku yang berkerusi roda dan faktor keselamatan.

“Bila ditanya tentang peraturan dan polisi, dia dok pusing cakap bahaya la, apa la,” katanya pada hantaran tersebut.

Dalam pada itu, Jason King memberitahu, ini kali pertama dia pergi ke gimnasium yang tidak membenarkan OKU masuk.

“Saya rasa sungguh kecewa dengan segelintir masyarakat kita yang masih bersikap diskriminasi terhadap golongan OKU. Mohon ambil cakna tentang isu begini.


“Harap kerajaan kita ambil berat berkenaan isu diskriminasi OKU di dalam negara ini,” katanya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 2-3-2023 05:54 PM
jason king??? tingat babak berak dlm filem laksamana do re mi....tu.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.064571 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top