CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nenek Dera Cucu Umur Dua Tahun Sebab Berak Dalam Seluar

2-3-2023 05:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1003| Komen: 4

Seorang kanak-kanak berusia dua tahun didera oleh neneknya sendiri, gara-gara membuang air besar di dalam seluar.

Keadaan itu menyebabkan mangsa terpaksa dikejarkan ke hospital.

Kejadian berlaku di Kampung Tambaksari di Banyumas, Jawa Tengah, di Indonesia.


Gambar Hiasan

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Banyumas, Kompol Agus Supriadi berkata, insiden berlaku pada Isnin sewaktu mangsa tinggal bersama neneknya ketika ibunya bekerja di luar bandar.

"Mangsa yang merupakan kanak-kanak perempuan berusia dua tahun mengalami lebam di kedua-dua matanya, di kepala dan tangan kiri," kata Agus kepada pemberita, pada Khamis.

Agus berkata, kejadian bermula apabila mangsa membuang air besar sejurus selepas makan.

Nenek mangsa yang tidak sihat serta-merta menjadi marah.

Tindakan suspek juga disebabkan berang kerana ibu mangsa masih belum pulang dari luar bandar.


"Suspek melepaskan kemarahan terhadap mangsa memukul di kedua-dua mata dan kepala serta mencubit tangan kiri mangsa. Akibatnya, mangsa terpaksa dimasukkan ke hospital," kata Agus.

Kejadian itu terbongkar selepas pegawai kampung setempat melaporkannya kepada polis.

Susulan itu, polis menahan nenek mangsa untuk siasatan.

Sebagai peringatan, perbuatan ini bukan sahaja salah dari segi undang-undang malah turut dilarang dalam Islam, dan semua pihak perlu menjauhinya. - CARI

Sumber: mStar/Kompas

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 2-3-2023 05:36 PM
elok kena dera aje nenek tu
biar dia plak berak dlm seluar
Quote intan244 2-3-2023 07:50 PM
xpakai diaper ke
Quote Skuau 2-3-2023 08:02 PM
dey!...taik punya pasal mau gaduh ka???
incik...dia punya kepala batu besar ada duduk.
                              
Quote Bawang123 3-3-2023 11:00 AM
Tak semua nenek sayang cucu yer tuan tuan puan puan or bapak bapak ibuk ibuk sekalian.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 07:00 PM GMT+8 , Processed in 0.106175 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top