CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerajaan Akan Teliti Cadangan Letak SPRM Di Bawah Parlimen, Bukan Jabatan Perdana Menteri

2-3-2023 04:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 576| Komen: 2

Cadangan meletakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah bidang kuasa Parlimen, dan bukan lagi di bawah Jabatan Perdana Menteri akan diteliti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya selepas penelitian mengenai syor berkenaan selesai.



FB

“Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan amat terbuka akan pandangan dan saranan yang disuarakan daripada pelbagai pihak termasuk Ahli Yang Berhormat bagi meningkatkan keberkesanan SPRM.

“Perkara ini akan diteliti oleh pihak berkaitan bagi tindakan yang sewajarnya,” katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat, di sini, pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Gobind Singh Deo (PH-Damansara) yang meminta Perdana Menteri menyatakan adakah kerajaan berhasrat untuk membawa SPRM ke bawah bidang kuasa Parlimen dan bukan lagi di bawah Jabatan Perdana Menteri.


Untuk rekod, beberapa pihak sebelum ini mencadangkan supaya SPRM diletakkan di bawah Parlimen bagi memastikan proses semak dan imbang agensi itu lebih bebas dan telus.

Cadangan itu dibangkitkan susulan wujud pelbagai dakwaan termasuk berlaku pendakwaan terpilih ke atas pemimpin parti politik tertentu.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Aliicee69 2-3-2023 05:32 PM
Nice and amazing post this one is, thanks for sharing.

VW Credit
Quote tripleid 2-3-2023 05:50 PM
Bukti kjaan skrg x masuk campur pun kes rasuah Bersatu..

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 06:29 PM GMT+8 , Processed in 0.195563 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top