CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Saintis Kaji 'Mumia Duyung' Untuk Tahu Ia Makhluk Apa Sebenarnya

2-3-2023 04:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 799| Komen: 3

Sekumpulan saintis melakukan kajian mendalam mengenai 'mumia duyung' mengerikan yang didakwa berusia lebih 200 tahun untuk mengetahui bahagian pada mumia itu.

Portal Mothership melaporkan, satu penemuan baharu mengejutkan apabila ia terdiri daripada beberapa bahagian haiwan berbeza.


Menurut Asahi Shimbun, penyelidik pertama kali menemui 'ikan duyung' itu pada 2022, terletak di dalam kotak kayu di dalam sebuah kuil di wilayah Okayam, Jepun


‘Mumia duyung’ yang dikaji penyelidik. FOTO Agensi

Spesimen itu yang diawet didapati berukuran kira-kira 30.5 sentimeter (sm) panjang. Ia sebelum ini dipamerkan dalam bekas kaca di kuil dan kemudian disimpan sejak lebih 40 tahun lalu.

Surat di dalam kotak mumia itu mendakwa bahawa 'makhluk' itu ditangkap oleh seorang nelayan antara 1736 dan 1741.

Tanpa banyak petunjuk mengenai asal usulnya, penyelidik meneka bahawa ia diperbuat daripada tubuh dan kepala monyet yang dijahit pada badan ikan yang dipenggal.


Entiti seperti 'ikan duyung' itu menyerupai Ningyo iaitu makhluk dari mitos Jepun mengenai seekor ikan dengan kepala manusia.

Ningyo dipercayai dapat membantu menyembuhkan penyakit dan meningkatkan umur panjang.

Spesimen ini dikatakan mungkin 'dicipta' beberapa dekad selepas tarikh yang dikatakan ia diambil dari laut.

Ia dipercayai 'dicipta' untuk penipuan apabila dijual kepada orang kaya yang ingin meningkatkan kesihatan dan umur panjang.

Penyelidik dari Universiti Sains dan Seni Kurashiki (KUSA) di Jepun mengkaji 'ikan duyung' itu pada awal Februari 2022, dengan kebenaran daripada sami kuil itu, lapor LiveScience.

Kajian terperinci mendapati bahagian tubuh 'ikan duyung' itu diperbuat daripada kain, kertas dan kapas yang dicantumkan dengan pin logam dari bahagian leher hingga ke bawah badan.

Campuran pasir dan arang dicat pada 'badannya', manakala bahagian badan dilitupi dengan rambut mamalia dan kulit ikan. Bahan sama digunakan pada tangan, bahu, leher dan pipi patung itu.

Rahang dan giginya pula adalah daripada ikan pemangsa.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 2-3-2023 04:39 PM
korang baca part ni je lah

"Kajian terperinci mendapati bahagian tubuh 'ikan duyung' itu diperbuat daripada kain, kertas dan kapas yang dicantumkan dengan pin logam dari bahagian leher hingga ke bawah badan."
Quote noor2 2-3-2023 04:45 PM
Penipu........tidak la aku percaya
Quote cikatilia 2-3-2023 04:59 PM
tentu2 direka.. bentuk apa pon bole jadi

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 06:19 PM GMT+8 , Processed in 0.040433 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top