CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PPIM Tuntut Tindakan Tegas Terhadap Mentega Terbang Sebab Provokasi Terhadap Umat Islam

2-3-2023 04:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 489| Komen: 0

Kerajaan dan pihak berkuasa lain digesa Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk mengambil tindakan tegas terhadap penerbit, pelakon dan individu yang terbabit dalam pembikinan filem pendek Mentega Terbang.


Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata filem terbabit yang tular di media sosial baru-baru ini jelas mencabar dan membangkitkan kemarahan umat Islam khususnya di negara ini.

Beliau berkata, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) perlu bertindak dan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain untuk mengambil tindakan kerana filem itu adalah satu provokasi terhadap umat Islam di negara ini.


Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.

"Hentikan amalan berselindung di sebalik 'tiada kuasa', maruah agama Islam semakin diinjak-injak di negara ini, perbuatan ini sangat melampau," katanya melalui kenyataan hari ini.

Nadzim berkata, video itu secara terang mengajak agama lain memperkecilkan Islam sekali gus mencetuskan kemarahan sehingga menyebabkan keresahan dan mungkin pergaduhan antara kaum.

"Kesan penyebaran video itu juga amat besar kerana ia jelas sekali memesongkan akidah, mengelirukan umat Islam terutama anak muda.

"Adakah pihak penerbit dan pengarah sudah terlalu ketandusan idea menerbitkan filem sehingga mencabar umat Islam di negara ini?

"Justeru, semua pihak termasuk, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), badan bukan kerajaan (NGO) Islam perlu mengambil tindakan agar semua yang terbabit ditangkap dan diambil tindakan," katanya.

Sementara itu, Nadzim menyeru Menteri Hal Ehwal Undang Undang, Datuk Seri Azalina Othman mempertimbangkan hukuman lebih berat dan tegas terhadap mereka yang menghina agama lain khususnya Islam.

Baru-baru ini, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diarah memanggil mereka yang terbabit dengan penerbitan filem dalam talian berjudul Mentega Terbang yang didakwa bertentangan dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam yang memegang Mazhab Syafie.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 07:03 PM GMT+8 , Processed in 0.541091 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top