Penantian Caliph Buskers untuk menerima bayaran hasil titik peluh menjayakan sebuah festival sejak lebih dua bulan lalu masih belum berakhir. Sehingga kini, penganjur hanya melunaskan sebahagian kecil bayaran biarpun beberapa kali didesak.
Mewakili kumpulannya, Azmi Saat berkata sehingga kini mereka hanya dibayar RM2,000 daripada jumlah keseluruhan RM10,300 seperti yang dijanjikan penganjur. Menurut penyanyi itu, dia masih terkenang peristiwa cuma membawa RM10 semasa ke tapak persembahan kerana menyangka akan menerima bayaran penuh sebaik menyelesaikan tanggungjawab. “Saya tak malu mengaku pada waktu itu saya cuma ada tunai di tangan sebanyak RM10 yang hanya cukup untuk sekali makan tengahari. Dapatlah merasa nasi kandar. “Kawan lain pun tak bawa duit banyak sebab masing-masing sangka dapatlah bayaran penuh selepas berkongsi ‘tuang’ minyak untuk ke lokasi karnival di Pulau Pinang itu.
“Masa itu semua tengah ‘sesak’, ada duit simpanan sikit-sikit dalam bank tetapi kami masih menaruh harapan mungkin keesokkan hari penganjur bayar. “Kalaulah dia tahu macam mana keadaan kami pada hari itu, makan pun kena bercatu,” katanya mengimbas insiden ketika mengadakan persembahan pada 9 dan 10 Disember tahun lalu. Sementara itu, teman seperjuangannya, Fendy Adlun pula mendedahkan mereka terpaksa meminjam daripada rakan lain untuk menampung perbelanjaan sepanjang dua hari di sana. “Dalam perjanjian penganjur minta kami dulukan duit minyak sebanyak RM300 manakala kenderaan untuk kami bertujuh disediakan pihak terbabit. “Tapi janji tinggal janji, selepas didesak dapatlah RM2,000 dan sampai sekarang mereka (penganjur) senyap semula. “Memang sedih. Daripada jumlah itu cuma berbaki sikit saja selepas langsaikan hutang kawan,” katanya ketika ditemui pada majlis makan malam Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPOBM), baru-baru ini. Mengakui insiden tersebut membuatkan mereka lebih berhati-hati, Caliph Buskers turut menasihatkan rakan artis lain supaya membuat perjanjian hitam putih bagi mengelakkan risiko. -CARI Sumber: Kosmo
|
aammyy replied at 12-3-2023 12:50 AM
I syak Pesta Pulau Pinang. Sebab 11 Dis tu dorang kat Penang. Dan I sempat tgk post dorang psl perfo ...
Lolalala replied at 12-3-2023 04:36 PM
“Saya tak malu mengaku pada waktu itu saya cuma ada tunai di tangan sebanyak RM10 yang hanya cuku ...
ADVERTISEMENT