CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wee Ka Siong Terkilan Dapat Surat Saman Lagi Berkenaan Isu Telur

2-3-2023 02:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 905| Komen: 3

Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong terkilan apabila dia sekali lagi menerima surat saman daripada pengimport telur dari India susulan kenyataannya mengenai isu kekurangan telur di Dewan Rakyat minggu lalu.



FB

Beliau yang juga Presiden MCA bagaimanapun menerusi satu kenyataan di laman Facebook pada Khamis, menegaskan tidak gentar dan tetap mempertahankan kenyataan itu.




FB

Ka Siong pada Isnin mendedahkan beliau menerima surat saman daripada pengimport telur dari India susulan kenyataannya ketika mencelah pada sesi penggulungan Usul Menjunjung Titah Diraja di Dewan Rakyat minggu lalu.

Beliau ketika itu membawa tiga telur ayam berlainan jenis iaitu telur dari India, telur omega dan telur tempatan ke Dewan Rakyat untuk membuat perbandingan, lapor Sinar Harian.



FB

Tambah Ka Siong, tiada siapa yang dapat menghalangnya untuk bersuara demi kepentingan rakyat jelata dan menyerahkan kepada peguamnya untuk tindakan lanjut. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 2-3-2023 02:22 PM
Telur india marah lagi.

Quote rumahbiru 2-3-2023 02:27 PM
adanuke
Quote s@s@ 2-3-2023 03:58 PM
kekebalan ahli parlimen dah xde ke?

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.089653 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top