CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penubuhan Cawangan Parti Politik Di Kampus Mungkin Dibenarkan

2-3-2023 01:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 469| Komen: 1

Cadangan membenarkan penubuhan cawangan parti politik di kampus mungkin dipertimbangkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, cadangan itu sebenarnya selari dengan agenda pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).


Menurutnya, kelonggaran itu juga selaras dengan usaha menyuburkan amalan demokrasi dan membudayakan amalan politik matang terutamanya melibatkan golongan muda.


Gambar hiasan

“Seperti yang telah diumumkan (sebelum ini), kita telah lakukan pelbagai pindaan kepada AUKU yang melibatkan soal kegiatan pelajar, urus tadbir universiti dan sebagainya.

“Selain itu, memang (juga) kita memberi kebebasan kepada pelajar untuk menyertai mana-mana parti politik yang berada di dalam atau di luar kampus termasuklah untuk pelajar itu menawarkan diri bertanding dalam pilihan raya.


“Jadi semua perkara-perkara itu memang telahpun dilonggarkan dan kemungkinannya termasuk isu yang dicadangkan oleh Yang Berhormat,” katanya di Dewan Rakyat, di sini, pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Muhammad Islahuddin Abas (PN- Mersing) yang bertanya sama ada KPT akan memberi kelonggaran kepada parti politik menubuhkan cawangan mereka di kampus universiti.

Sementara itu, Mohamed Khaled menegaskan urusan pelantikan Naib Canselor selepas ini akan menggunakan kaedah sedia ada.
“Memandangkan kerajaan tiada cadangan memansuhkan AUKU, maka amalan sedia ada berkaitan lantikan Naib Canselor Universiti Awam (UA) akan diteruskan seperti sebelumnya.

“Pelantikan Naib Canselor sesebuah universiti awam dilakukan oleh menteri dengan mengikut prosedur dan ketetapan akta yang diluluskan oleh Parlimen dan aktanya ialah Akta AUKU 1971,” katanya.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BeskotCekelat 2-3-2023 02:51 PM
Selama ni memang dah ada pun, tapi proksi la pakai nama persatuan. So sekarang ni baguslah kalau nak officialkan, takyahla susah2 budk U nak cover (padahal tak cover pun hahaha)  

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.042668 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top