CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bangga PMX Terima Anugerah Ijazah Kehormat Universiti Filipina

2-3-2023 01:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 799| Komen: 6

Universiti Filipina menganugerahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang atau honoris causa dalam sebuah majlis di Dewan Villamor universiti berkenaan hari ini.

Menurut kenyataan universiti berkenaan, Perdana Menteri Ke-10 itu dianugerahkan ijazah kehormat berkenaan kerana menjadi sarjana dan memiliki kepakaran antarabangsa dalam bidang ekonomi, demokrasi, kebebasan, tadbir urus, Islam dan demokrasi serta keperluan akauntabiliti.


Ijazah kehormat berkenaan disampaikan oleh Pengerusi Suruhanjaya Tinggi Pendidikan Filipina J. Prospero E. De Vera III serta Presiden dan Pengerusi Bersama Lembaga Regen UP Angelo A. Jimenez.



"Perdana Menteri Malaysia menyanjungi kehidupan, karya dan pengajaran Jose Rizal.

"Minat Anwar terhadap Rizaliana semakin mendalam setelah kerap mengunjungi UP semasa muda di bawah bimbingan mendiang Prof Emeritus Sejarah Universiti dan Dekan Kolej Seni dan Sains UP Diliman Cesar Adib Majul," menurut Naib Canselor Hal Ehwal Awam UP Jose Wendell Capili.


Beliau berkata Anwar dihormati kerana memiliki prinsip menentang rasuah dan pengurusan terhadap ekonomi Malaysia semasa Krisis Kewangan Asia.

Anwar tiba di sini semalam untuk lawatan rasmi dua hari, yang merupakan lawatan rasmi kelimanya ke negara ASEAN sejak dilantik sebagai perdana menteri akhir tahun lepas.


FB Anwar terima Anugerah Ijazah Kehormat Universiti Filipina

Sebaik tiba, beliau diberi sambutan rasmi oleh Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr di Istana Malacanang.

Capili turut berkata usaha Anwar telah menyelamat ekonomi Malaysia ketika Krisis Kewangan Asia 1997 dan menerima pujian termasuk Asian of the Year daripada Newsweek International.

Terdahulu, Perdana Menteri memulakan lawatan rasmi hari kedua ke republik berkenaan dengan menghadiri upacara meletakkan kalungan bunga di Rizal Park, di sini.

Beliau disambut oleh Datuk Bandar Manila Honey Lacuna-Pangan dan Ketua Staf Tentera Laut Filipina Laksamana Jose M-A Ambrosio Q Ezpeleta.


Sumber: BERNAMA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 2-3-2023 02:15 PM
Quote Simunggu 2-3-2023 03:15 PM
kenapa tiada topi?
Quote Highflyer19 2-3-2023 03:19 PM
Quote Tembikaigoreng 2-3-2023 04:50 PM
Ooo honoris causa LOL
Quote juboqhang 2-3-2023 10:13 PM
Duta pasir berdengung terima apa2 tak dulu?
Quote stingertaikjobo 2-3-2023 11:20 PM
Makin menanah Highflyers & Perwira laki bini idop dalam kemurungan

Kahkahkahkahkah

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.106092 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top