CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penggal Kepala, Keluarkan Jantung Dan Alat Sulit, Potong Jari Kawan Sendiri Sebab Cemburu Berhubung Dengan Teman Wanita

2-3-2023 01:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1343| Komen: 6

New Delhi: Lelaki berusia 22 tahun didakwa membunuh rakannya kerana menghantar mesej teks dan membuat panggilan kepada teman wanitanya.

Portal NDTV melaporkan, tertuduh didakwa bertindak kejam dengan memenggal kepala rakannya, mengeluarkan jantung dan alat sulitnya, memotong jarinya, dan kemudian berjalan ke balai polis untuk menyerah diri.


Polis menjalankan siasatan terperinci selepas mendaftarkan kes berdasarkan kenyataan tertuduh dan menemui mayat bagi dipindahkan ke hospital kerajaan tempatan untuk bedah siasat.


Gambar Hiasan

Menurut polis, Naveen dan Harihara Krishna menamatkan pengajian bersama di kolej di Dilsukhnagar.

Kedua-duanya jatuh cinta dengan gadis yang menuntut di kolej sama.

Naveen mula menyatakan cinta dan gadis itu menerima lamaran untuk menjalin hubungan sebagai kekasih.

Beberapa tahun kemudian, mereka berpisah dan gadis itu menjalin hubungan cinta pula dengan Harihara Krishna.


Walaupun sudah putus cinta, Naveen sentiasa berhubung dengan gadis itu dan terus menghantar mesej dan membuat panggilan telefon yang menyebabkan Krishna sangat kecewa.

Krishna menunggu lebih tiga bulan untuk membalas dendam.

Pada 17 Februari lalu, kedua-dua lelaki itu bertengkar selepas mabuk dan Krishna mencekik Naveen hingga mati.

Menurut polis, Krishna tidak hanya memenggal kepala mangsa, malah mengeluarkan beberapa organ lain termasuk alat sulit yang dicincang.

"Tertuduh didakwa mengambil gambar dan menghantarnya kepada teman wanita di WhatsApp.

"Siasatan terperinci mengenai kes itu sedang dijalankan," katanya. -CARI

Sumber: harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 2-3-2023 01:31 PM
Dahsyat gila
Betul2 dendam sampai segala nak dipotong
Quote Burong_Hantuk 2-3-2023 02:15 PM
speechless aku
Quote Adrif 2-3-2023 03:39 PM
mengerikan  
Quote green~tea 2-3-2023 03:41 PM
Aiyooooooo teruk nya baca oun dah ngeri
Quote Simunggu 2-3-2023 03:42 PM
patutlah ada rimau makan org & ular tedung boleh berdiri...land of kejam/ganas
Quote green~tea 2-3-2023 03:55 PM
Citer kuch kuch hota hai version 18SG

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 07:17 PM GMT+8 , Processed in 0.051845 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top