CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Doa Buruk Kejatuhan Kerajaan Adalah Fatwa Politik Hadi - Zahid

2-3-2023 01:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 960| Komen: 5

Kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa Kerajaan Perpaduan akan jatuh disifatkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai fatwa politik.

Menurutnya, rakyat sendiri boleh menilai 'doa buruk' yang disebutkan Abdul Hadi itu.



FB

"Itu doa buruk beliau. Saya fikir sebagai seorang ulamak politik beliau mempunyai fatwa yang berbeza-beza dan fatwa itu bergantung pada situasi.

"Ayat al-Quran yang sama dan hadis yang sama, maknanya sama tapi tafsirannya berbeza.

"Nilai sendirilah apa yang beliau sebutkan itu sebagai fatwa politik," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di Ibu Pejabat Kemajuan Perusahaan Kecil Getah (Risda) di sini pada Khamis.

Media melaporkan Abdul Hadi Awang menjangkakan bahawa kerajaan yang diterajui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tumbang tidak lama lagi.


Abdul Hadi dilapor berkata demikian ketika berucap pada sesi Dialog Ulama Negarawan: Mendepani Cabaran Globalisasi Media Masa Kini anjuran Yayasan Permata Ummah di Kuala Lumpur pada Rabu.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, semua pihak sepatutnya menumpukan kepada perkembangan ekonomi berbanding kerja-kerja bermotifkan politik yang tidak berpenghujung.

"Ketepikanlah soal perbedaan pendapat. Kalau mahu tukar kerajaan, tukar dalam PRU depan.

"Kalau penggal yang lalu, tiga pertukaran Perdana Menteri dan Malaysia menjadi bahan ketawa seluruh dunia... jangan lakukan kerja-kerja buruk ini untuk menyusahkan rakyat sekali lagi," katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, beliau yakin Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) akan memberikan jawapan rasmi berhubung aduan isu dua jawatan utama parti itu yang tidak dipertandingkan sebelum 11 Mac ini.

"RoS mempunyai tempoh 60 hari daripada hari aduan dikemukakan untuk mereka respon.

"Tetapi oleh kerana 18 Mac adalah merupakan tarikh pemilihan peringkat bahagian dan nasional dan 11 Mac adalah tarikh pemilihan sayap-sayap peringkat bahagian dan nasional, saya yakin RoS akan berikan jawapan rasmi sebelum 11 Mac ini," katanya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 2-3-2023 02:17 PM
kau pun sama penunggang...sblm masuk kluar mahkamah bwk rombongan utk doa..padahal
Quote tripleid 2-3-2023 02:42 PM
sbenarnya ucapan hadi tu hnya utk mnyedapkan hati para walaun/tit yg masih dirundung duka lara tak dapt jadi kjaan..sama je la  mcm statement dia '..kami dah cukop jumlohh..' tempoh hari..skadar utk sedapkan hati walaun/tit
Quote Skuau 2-3-2023 08:39 PM
bila....dah 'bersekongkol'....laungan penyamun,perompak,penyakau.... sudah tidak kedengaran lagi....
Quote nikaido 2-3-2023 09:28 PM
hadi dah sucikan zahid tp lepas PRU15, zahid kembali dipanggil penyamun
Quote stingerbumpy 2-3-2023 09:47 PM
Skuau replied at 2-3-2023 08:39 PM
bila....dah 'bersekongkol'....laungan penyamun,perompak,penyakau.... sudah tidak kedengaran lagi....

- surah al-Imran ayat 54
ALLAH berfirman dalam al-Quran
“Dan Mereka Merancang, Allah juga merancang, Dan ALLAH sebaik-baik Perancang”

Anak jiran aku yg 3 tahun minta jika tidak mendatangkheun keberatan utk ko, relatekheun surah yg dikongsinya  ini dgn lontaran dan nada sinis pada posting ko diatas.....


Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.041271 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top