CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Diusir Dari Windsor, Harry Dan Meghan Diminta Kosongkan Frogmore Cottage

2-3-2023 12:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4263| Komen: 30

Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle dilaporkan akhbar The Sun, telah diusir dari kediaman mereka di Windsor.

Keluarga diraja Britain meminta Duke dan Duchess of Sussex itu mengosongkan Frogmore Cottage, rumah di dalam kawasan estet Istana Windsor King Charles yang mereka gunakan ketika berada di Britain.



NBC/Getty Images

Menurut laporan, Raja Charles III sebelum ini menawarkan rumah itu kepada adiknya, Putera Andrew susulan pendedahan buruk pasangan terbabit mengenai bapa Harry, abangnya, Putera William dan kerabat diraja lain dalam memoir dokumentari Netflix dan beberapa siri wawancara TV.

Perkara itu juga telah disahkan jurucakap pasangan berkenaan, menurut AWANI.

Harry dan Meghan berpindah ke Frogmore Cottage selepas perkahwinan mereka pada 2018, namun berpindah ke California untuk menempa kehidupan dan kerjaya baharu selepas berundur daripada tugas diraja mereka pada 2020.


Bagaimanapun, Frogmore Cottage kekal sebagai pangkalan British mereka.

Difahamkan, pasangan itu bersetuju untuk membayar balik 2.4 juta pound wang pembayar cukai yang dibelanjakan untuk mengubah suai rumah.


Backgrid

Harry dan Meghan yang jarang pulang ke sejak berlepas ke Amerika Syarikat, menggunakan kediaman itu pada beberapa kesempatan mereka kembali seperti untuk perayaan Jubli Platinum mendiang Ratu Elizabeth tahun lalu.

Hubungan mereka dengan ahli keluarga yang lain menjadi lebih renggang sejak itu, berikutan kritikan pedas terhadap kerabat diraja dan pembantu mereka dalam buku Harry, 'Spare'.

Justeru, Harry dijangka tidak akan menghadiri pertabalan bapanya pada Mei akan datang. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laqoyah 2-3-2023 12:52 PM


Meluat aku dedua ni. Attention seeking self narcissism
Quote sharlenetexas 2-3-2023 01:02 PM
Selamat tinggal kotej katak.


Quote Samerosie 2-3-2023 01:05 PM
Kalau depa ni cerai, si heri ni merangkak balik tak ke rbf?
Quote Burong_Hantuk 2-3-2023 02:18 PM
dua2 ekoq ni attention seeker & lapar duit
Quote cmf_PariS 2-3-2023 02:21 PM
baru skr gnampak muka bini mcm ahli sihir
Quote ayukpingu 2-3-2023 02:26 PM
padan muka dedua.
Quote rumahbiru 2-3-2023 02:27 PM
serve them right
Quote alieyrina 2-3-2023 02:28 PM
Padanla muka. Laser sgt. Tak bercukur 2 ketul ni
Quote kucingitam 2-3-2023 02:30 PM
dedua bodo..
Quote ifanonline 2-3-2023 02:32 PM
silap harry kawin meghan...meghan ni ibarat town bicycle...dlm erti kata lain, bohsia
Quote meteorspeed 2-3-2023 02:34 PM
Pay ur price la.. Padan muka
Quote jazaa100 2-3-2023 02:55 PM
Tak salah sku, dulu bila couple ni kuar dari istana, ramai yg sokong dorang & kutuk ratu....(dlm forum lah)....

Skrg ramai pulak padankn muka dorang.....

I is conpiused.....
Quote Sazreena 2-3-2023 03:08 PM
Laki lembam, kawin lak bini opportunist. Tu yg kena buang kuarga. Elok-elok reta makan tak abis ni tak memasal sok kena mengemis.
Quote anony-mous 2-3-2023 03:11 PM
Mana acik2 porem penyembah 2 ekoq ni?
Quote anony-mous 2-3-2023 03:12 PM
jazaa100 replied at 2-3-2023 02:55 PM
Tak salah sku, dulu bila couple ni kuar dari istana, ramai yg sokong dorang & kutuk ratu....(dlm for ...

Yih i pon masih ingat lg kaka. Meghan diangkat2 di porem ini & ada yg siap kata meghan ni mangsa
Quote tompie 2-3-2023 04:01 PM
Dulu2 si Harry ni yang nampak baik gile... mcm rakyat marhaen aje..
takde protokol2..
Lepas kawin dengan MM ni terus mcm tak betul.. kesian..
Aku rasa dia still bitter dengan royalty pasal kes mak dia..
Quote ayukpingu 2-3-2023 04:16 PM
anony-mous replied at 2-3-2023 07:12 AM
Yih i pon masih ingat lg kaka. Meghan diangkat2 di porem ini & ada yg siap kata meghan ni mangsa ; ...

sape la bengap sgt nak support meghan tu ek?

dah sah2 family pun buang dia, forumer sini pulak kutip dia
Quote msxx 2-3-2023 04:20 PM
Nampak bapanya lebih tegas dlm mengajar anaknya berbanding grannynya.. syabas King
Quote Decaffeinated 2-3-2023 04:25 PM
Satu lagi berita sampah salah bod dibawakan khas oleh wartawan cari dot com

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 06:48 PM GMT+8 , Processed in 0.075061 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top