CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ryan Deedat Tak Nak Gelojoh Kahwin Selagi Kewangan Tak Kukuh "Kawan Saya Menderita Dikejar Ah Long Sebab Pinjam Duit Nak Kahwin"

2-3-2023 12:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1658| Komen: 15

Ryan Deedat,31, memberitahu dia enggan terburu-buru menamatkan zaman bujang selagi belum memiliki aset dan kewangan kukuh.

Ryan berkata, pengalaman dilalui rakan baiknya yang dikejar along selepas membuat pinjaman untuk berkahwin adalah pengajaran terbesar buat dirinya. 


Foto: IG

"Selagi belum mempunyai kewangan yang stabil saya belum bersedia untuk berkahwin. Saya tidak mahu rumah tangga yang baru dibina menghadapi masalah di kemudian hari.

"Sebelum ini kawan saya pernah membuat pinjaman along untuk berkahwin. Namun disebabkan gagal membayar pinjaman itu, rumah keluarganya disimbah cat dan menerima pelbagai ugutan.

"Disebabkan tidak bijak menguruskan kewangan selain ingin hidup bermewah, dia sanggup mengambil jalan pintas itu sedangkan cara itu adalah satu tindakan salah," katanya kepada Harian Metro.


Menurut Ryan, meskipun perkahwinan adalah satu perkara yang baik, namun setiap pasangan yang mahu bernikah perlu memiliki kewangan yang kukuh.

"Tanggungjawab bergelar suami ini tidak mudah. Sebagai tulang belakang keluarga, setiap lelaki perlu memainkan peranan penting dalam melindungi dan menjaga kebajikan. 

"Saya lihat ramai pasangan yang baru berkahwin tidak bertahan lama gara-gara dibelenggu masalah kewangan yang tinggi.



"Malah Pengarah Urusan Lulus.my, Hasrul Syafiq ada  memberitahu saya yang ramai golongan muda menghadapi masalah kewangan yang membimbangkan sehingga diisytihar muflis dan bertemunya untuk keluar daripada masalah itu.

"Malah kebanyakan pinjaman yang dibuat dibelanjakan untuk barangan kehendak, bukan untuk keperluan," katanya.


Terdahulu Ryan mendedahkan sedang mengenali seorang model berusia 28 tahun sejak setahun lalu.  -CARI

Sumber: Harian Metro

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 2-3-2023 01:44 PM
who is yuhhhh.. macam herlok tapi gemuk...
Quote Burong_Hantuk 2-3-2023 02:41 PM
ni mcm 2 alam jer
Quote kucingkarate 2-3-2023 02:54 PM
cari yg mentenen tinggi, harus la semput. tp girls skarang mana x mentenen tinggi? mekap lg, handbag, kasut, gincu nk kena merah...huwaaaa...takut nengok mentenen sorg2. tu bila dh kawin, yg belum kawin lain puloks pangainye...

jarang jumpa dh yg x mentenen tinggi ni
Quote beta_carotene 2-3-2023 02:58 PM
dudaberhias replied at 2-3-2023 12:44 PM
who is yuhhhh.. macam herlok tapi gemuk...

body jenis lemak+air kan kaka dude? jenis x workout..
muka herlok cmane pun kalu tubuh mcm wanita hamil... kirim salam rahmatullah je la..

sama style mcm ex laki she lalat..
Quote dudaberhias 2-3-2023 03:04 PM
beta_carotene replied at 2-3-2023 02:58 PM
body jenis lemak+air kan kaka dude? jenis x workout..
muka herlok cmane pun kalu tubuh mcm wanita  ...

omg betul sangat...
taraf2 laki shilalat dengan si shilalat sekali... wajah herlok tapi gundu...

takkan la tiap2 malam nak kena panggil kren untuk letak dia atas kita???
baik kaka kahwin dengan peti ais... kurang2 boleh simpan barang dalam tu takpun kalau panas tido je dalam tu... yihhhh
Quote swateng1 6-3-2023 12:59 PM
who r yusssss???
Quote Manusiabesa 6-3-2023 01:07 PM
Iols smpai block lah mamat ni kt ig,. Sbb asal ada pic kt feed sttus ig artis lain, dia komen. Semak. Annoying....
Quote Hoola 6-3-2023 01:22 PM
tersembur lunch cikadees achik hoola mmbc komen2 cercaan geng warga porem
Quote Begbiru 6-3-2023 01:58 PM
sape pulak mamat ni?
Quote margo20 6-3-2023 02:07 PM
Deedat ni bukan yg penceramah tu ke?
Quote kembangbunga 6-3-2023 02:08 PM
dudaberhias replied at 2-3-2023 01:44 PM
who is yuhhhh.. macam herlok tapi gemuk...

hahaahah dalam memuji sempat mengeji
Quote ally9970 6-3-2023 02:24 PM
Sapa mamat ni??
Quote insyi81 6-3-2023 03:13 PM
who r u?
Quote marchikobonzo 6-3-2023 03:18 PM
Ponen mana ni?
Quote mieyrasfea 20-3-2023 08:28 AM
Betul tu, kewangan lepas kahwin lebih tinggi rancang kewangan anda dengan baik ah gituu

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 10:39 PM GMT+8 , Processed in 0.064599 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top