View: 1364|Reply: 15
|
Ryan Deedat Tak Nak Gelojoh Kahwin Selagi Kewangan Tak Kukuh "Kawan Saya Menderita Dikejar Ah Long Sebab Pinjam Duit Nak Kahwin"
[Copy link]
|
|
Ryan Deedat,31, memberitahu dia enggan terburu-buru menamatkan zaman bujang selagi belum memiliki aset dan kewangan kukuh.
Ryan berkata, pengalaman dilalui rakan baiknya yang dikejar along selepas membuat pinjaman untuk berkahwin adalah pengajaran terbesar buat dirinya.
Foto: IG
"Selagi belum mempunyai kewangan yang stabil saya belum bersedia untuk berkahwin. Saya tidak mahu rumah tangga yang baru dibina menghadapi masalah di kemudian hari.
"Sebelum ini kawan saya pernah membuat pinjaman along untuk berkahwin. Namun disebabkan gagal membayar pinjaman itu, rumah keluarganya disimbah cat dan menerima pelbagai ugutan.
"Disebabkan tidak bijak menguruskan kewangan selain ingin hidup bermewah, dia sanggup mengambil jalan pintas itu sedangkan cara itu adalah satu tindakan salah," katanya kepada Harian Metro.
Menurut Ryan, meskipun perkahwinan adalah satu perkara yang baik, namun setiap pasangan yang mahu bernikah perlu memiliki kewangan yang kukuh.
"Tanggungjawab bergelar suami ini tidak mudah. Sebagai tulang belakang keluarga, setiap lelaki perlu memainkan peranan penting dalam melindungi dan menjaga kebajikan.
"Saya lihat ramai pasangan yang baru berkahwin tidak bertahan lama gara-gara dibelenggu masalah kewangan yang tinggi.
"Malah Pengarah Urusan Lulus.my, Hasrul Syafiq ada memberitahu saya yang ramai golongan muda menghadapi masalah kewangan yang membimbangkan sehingga diisytihar muflis dan bertemunya untuk keluar daripada masalah itu.
"Malah kebanyakan pinjaman yang dibuat dibelanjakan untuk barangan kehendak, bukan untuk keperluan," katanya.
Terdahulu Ryan mendedahkan sedang mengenali seorang model berusia 28 tahun sejak setahun lalu. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
who is yuhhhh.. macam herlok tapi gemuk... |
|
|
|
|
|
|
|
cari yg mentenen tinggi, harus la semput. tp girls skarang mana x mentenen tinggi? mekap lg, handbag, kasut, gincu nk kena merah...huwaaaa...takut nengok mentenen sorg2. tu bila dh kawin, yg belum kawin lain puloks pangainye...
jarang jumpa dh yg x mentenen tinggi ni |
|
|
|
|
|
|
|
body jenis lemak+air kan kaka dude? jenis x workout..
muka herlok cmane pun kalu tubuh mcm wanita hamil... kirim salam rahmatullah je la..
sama style mcm ex laki she lalat..
|
|
|
|
|
|
|
|
omg betul sangat...
taraf2 laki shilalat dengan si shilalat sekali... wajah herlok tapi gundu...
takkan la tiap2 malam nak kena panggil kren untuk letak dia atas kita???
baik kaka kahwin dengan peti ais... kurang2 boleh simpan barang dalam tu takpun kalau panas tido je dalam tu... yihhhh
|
|
|
|
|
|
|
|
Iols smpai block lah mamat ni kt ig,. Sbb asal ada pic kt feed sttus ig artis lain, dia komen. Semak. Annoying.... |
|
|
|
|
|
|
|
Deedat ni bukan yg penceramah tu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
hahaahah dalam memuji sempat mengeji
|
|
|
|
|
|
|
|
who r u? |
|
|
|
|
|
|
|
Betul tu, kewangan lepas kahwin lebih tinggi rancang kewangan anda dengan baik ah gituu
|
|
|
|
|
|
|
| |
|