CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Sekarang Kita Dah Pinjam RM1.5 Trilion. Ini Nak Hutang Lagilah,"- Tun Mahathir Pertikai Belanjawan 2023 Anwar Ibrahim

2-3-2023 11:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 629| Komen: 0

Putrajaya: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan tindakan Kerajaan Perpaduan membentangkan Belanjawan 2023 sejumlah RM388.1 bilion.

BH Online melaporkan, Dr Mahathir yang dua kali menjadi Perdana Menteri, mempersoalkan dari mana kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memperoleh dana itu sedangkan negara ketika ini berdepan hutang mencecah RM1.5 trilion.


Beliau berkata, ia berikutan kutipan hasil negara kurang sebanyak RM90 bilion.


Foto: Harian Metro

"Bajet ini cukup besar... yang terbesar sekali dalam sejarah negara.

"Duit banyak nak belanja tetapi duit datang dari mana? Kutipan kurang RM90 bilion daripada 'fund' kerajaan.

"Jadi saya percaya mereka akan pinjam. Sekarang kita dah pinjam RM1.5 trilion. Ini nak hutang lagilah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Penyerahan Kad Keahlian dan Watikah Penasihat PUTRA, di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, semalam.


Dr Mahathir berkata, hutang negara RM1.5 trilion itu akan mengambil masa bertahun-tahun untuk diselesaikan.

Beliau berkata, ketika ini kerajaan membayar RM40 bilion bunga daripada pinjaman berkenaan.

"Bukan pokok. Pokok duk besar tu jalah. Dan kita nak hutang lagi. Pikir tengoklah apa akan jadi kepada negara," katanya.

Media sebelum ini melaporkan, hasil Kerajaan Persekutuan dijangka berkurang secara marginal sebanyak satu peratus kepada RM291.5 bilion, berikutan hasil bukan cukai yang dianggarkan berkurang pada 2023 susulan harga minyak mentah dunia yang lebih rendah. -CARI

Sumber: harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 06:44 PM GMT+8 , Processed in 0.104807 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top