JAKARTA – Seorang wanita berumur 27 tahun mengaku bahagia berkahwin dengan warga emas berusia 63 tahun selepas dijodohkan oleh ibunya. Wolipop melaporkan, Ana Amalina menulis dalam akaun TikToknya, @anaamalia54 yang menyatakan bahawa pada Disember 2018, dia bernikah dengan lelaki berusia 63 tahun, Emen Hidayat.
“Kenal pada tahun 2018 selepas dijodohkan oleh ibu bapa. Usia saya 27 tahun dan suami 63 tahun,” kata Ana kepada Wolipop menerusi aplikasi WhatsApp. Wanita muda itu mengaku ibunya yang menjodohkan dia dengan Emen dan pada awalnya, bapanya yang tidak mengetahui perjodohan itu berasa terkejut. “Saya dijodohkan mama,” katanya. Anak sulung dari tiga beradik itu turut berkongsikan mengenai sikap suaminya. “Dia ialah seorang imam yang baik, penyayang, memahami isteri dan selalu menyokong walau apapun yang isteri lakukan,” jelasnya. – CARI
Sumber: Kosmo
|
laksmanabentan replied at 2-3-2023 12:11 PM
yang penting menjamin masa depan uollsss...
SalenaGomez replied at 3-3-2023 09:21 AM
Kalau laki tua kaya pastu nampak pon badan tegap lagi ok lah…kalau suami dah stat sakit2, mampu j ...
laksmanabentan replied at 3-3-2023 09:43 AM
pakcik dalam gambor ni pun tegap lagi ni uooollsss...
SalenaGomez replied at 3-3-2023 09:21 AM
Kalau laki tua kaya pastu nampak pon badan tegap lagi ok lah…kalau suami dah stat sakit2, mampu j ...
ADVERTISEMENT