CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lantang Bersuara Tentang LGBT- Pembaca Berita Transgender Diugut Bunuh, Nyaris Maut Ditembak Lelaki Bersenjata

2-3-2023 11:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 488| Komen: 0

Pembaca berita transgender pertama Pakistan, Marvia Malik, terselamat daripada terkena tembakan yang disasarkan terhadapnya.

Ketika kejadian yang berlaku berhampiran kawasan kediamannya di Lahore, Marvia dikatakan baru pulang dari sebuah farmasi apabila dua lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arahnya.


Dalam kenyataan kepada pihak polis, Marvia mendakwa dia pernah menerima beberapa panggilan telefon dan mesej daripada nombor yang tidak dikenali, berhubung tindakannya yang bersuara untuk komuniti transgender.

Foto: IG

Disebabkan kejadian yang hampir meragut nyawanya itu, Marvia berkata dia terpaksa meninggalkan kediamannya buat sementara dan berpindah dari Lahore.

Marvia menambah, dia sebenarnya baharu kembali ke kota berkenaan untuk melakukan pembedahan.

Marvia berkata dia yakin tindakannya yang bersuara untuk komuniti transgeder menjadi sebab utama dia menjadi sasaran.


Untuk rekod, Marvia bergelar hos televisyen untuk Kohenoor News sejak 2018 dan menjadi penyampai berita transgender pertama negara itu pada usia 21 tahun. -CARI

Sumber: mStar/ Ndtv.com

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.040018 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top