CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Bapa Beli Barangan Sekolah Tak Berjenama, Pilih Saiz Baju Sekolah Lebih Besar Supaya Tahan Hingga Dua Tahun

2-3-2023 10:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2375| Komen: 25

GEORGE TOWN – Pengusaha kedai barangan sekolah didapati menaikkan harga kelengkapan itu antara lima hingga 20 peratus ketika ini bagi menampung kos perniagaan mereka.

Rata-rata pengusaha kedai mengakui berlaku perubahan harga mendadak membabitkan semua barangan termasuk kasut sekolah dan peralatan menulis.


Seorang pengusaha yang mahu dikenali Alex berkata, situa­si ini berpunca daripada kenaikan kos bahan-bahan pembuatan seperti kain kapas, polister, kelengkapan dan upah menjahit serta nilai mata wang.


Gambar Hiasan

Ujarnya, ia menyebabkan dia juga terpaksa menaikkan harga kira-kira lima hingga 10 peratus bagi semua kelengkapan sekolah.

“Kenaikan yang paling ketara berlaku melibatkan kasut sekolah iaitu antara 10 hingga 12 peratus. Sebelum ini, harga kasut sekolah berjenama dijual RM50 sepasang, kini jadi RM60. Kasut jenama biasa pula dahulunya RM29.90 kini dijual RM32.90.


“Ketika ini, kenaikan harga barangan sekolah berlaku hampir di semua kedai dan ada terpaksa menaikkan hingga 20 peratus,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Sementara itu, seorang pengusaha premis yang dikenali Cindy berkata, rentetan itu menyebabkan ramai ibu bapa membeli baju dan kasut sekolah jenama biasa.

“Ada pelanggan yang sebelum ini membeli kasut sekolah berjenama berharga RM50 sepasang tetapi kini memilih kasut jenama biasa sekitar RM25 sepasang.

“Terdapat juga yang membeli baju sekolah anak bersaiz lebih besar. Contohnya, baju yang sesuai dipakai anak cuma saiz S tetapi ibu bapa beli saiz M.

“Alasan mereka kerana mahu jimat kos dan tempoh pema­kaian baju sekolah antara setahun hingga dua tahun,” ujarnya. -CARI

Sumber: kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 2-3-2023 11:11 AM
Pasal berjenama dan tak berjenama tu all depends on parents punya poket la sebab takan expect yg tak mampu beli brand Professor.

Tapi beli baju besar sikit tu normal sejak azali kut.  Takan nak beli size muat2 tak sampai 6 bulan dan sendat.
Quote chilly 2-3-2023 11:28 AM
Macam takyah berita ni pon takpe sebab dari dulu pon mak bapak buat benda yang sama kot.
Quote Burong_Hantuk 2-3-2023 11:29 AM
asalkan ank2 selesa & ikut kemampuan parents
Quote faraway1 2-3-2023 11:57 AM
Baju besar sikit normal rasanya, takkan nak beli baju muat muat badan...


Penting bebudak tu ada pakaian, mahal murah no hal
Quote black_handbag 2-3-2023 11:59 AM
harga kasut sekolah i percaya mmg naik. kasut anak i dulu kasut tu harga dlm 69.90. skrg dah naik rm10.. dah jadi rm79.90

kasut pun mahal mengalahkan kasut2 org dewasa
Quote cmf_PariS 2-3-2023 12:06 PM
3 tahun tk tukar baju kusam rupanya.. tp yelah p sekolah budak  belemoih juga
Quote Decaffeinated 2-3-2023 12:14 PM
chilly replied at 2-3-2023 11:28 AM
Macam takyah berita ni pon takpe sebab dari dulu pon mak bapak buat benda yang sama kot.

Exactly. Tak tau kat mana nilai berita ni.

Isu? jauh sekali.

Quote sailormars 2-3-2023 12:20 PM
normal la baju x de jenama dan beli saiz besar sikit...ikut kemampuan masing2...
Quote uzhumaki 2-3-2023 12:23 PM
beli saiz a bit besar normal je bagi i, budak2 cepat besarnya kalau beli muat2 ja nnt xsmpai setahun pakai dh kena kona p kedai beli lain pulak..dah habis masa tenaga n duit semestinya
Quote gigahertz 2-3-2023 04:11 PM
U olls baju seluar sekolah basuh seminggu dua kali atau hari hari basuh ?
Quote UMMI_MAI 2-3-2023 04:41 PM
gigahertz replied at 2-3-2023 04:11 PM
U olls baju seluar sekolah basuh seminggu dua kali atau hari hari basuh ?

hari2 basuh la ... putih kan ?


Quote Samerosie 2-3-2023 05:06 PM
gigahertz replied at 2-3-2023 04:11 PM
U olls baju seluar sekolah basuh seminggu dua kali atau hari hari basuh ?

Tak basuh hari2 sebab 3 hari uniform sekolah memang ada 3 pasang, 2 hari PE pun ada lebih dari 2 tshirt PE.
Quote cmf_jeangrey 2-3-2023 05:13 PM
chilly replied at 2-3-2023 11:28 AM
Macam takyah berita ni pon takpe sebab dari dulu pon mak bapak buat benda yang sama kot.

Betul...kalau terdesak sgt nak buat berita tulis je lah harga kelengkapan sekolah naik 20%...satu para dah cukup..

Ni perlu ke mention jenama..nak pi sekolah je pun bukan kau nak buat fashion show dikk..


Quote asfaz 2-3-2023 05:57 PM
gigahertz replied at 2-3-2023 04:11 PM
U olls baju seluar sekolah basuh seminggu dua kali atau hari hari basuh ?

Hari2 basuh tp sekolah sekarang sesilap 2 hari aje pakai uniform. 2 hari PJ 1 hari kokurikulum. Kalau jasmani sekali dgn kokurikulum,3 hari la pakai uniform
Quote juboqhang 2-3-2023 05:58 PM
Hmmm beranak la lg byk2
Quote orkid_amani 2-3-2023 06:24 PM
gigahertz replied at 2-3-2023 04:11 PM
U olls baju seluar sekolah basuh seminggu dua kali atau hari hari basuh ?

Hari2 basuh sbb xmoo kotoran tu susah tanggal.balik sekolah ja aii bebel2 ank suruh rendam terus baju sekolah dia w/pun aii belikan baju 3set uniform 2set baju sukan..tetiap hari bertukar baju sbb ank aii balik sekolah mcm balik dari bendang
Quote kerunai 2-3-2023 06:44 PM
naya la zaman skang .. nampak luar gah je tp hakikatnya ramai yg kelaparan dan ada yg sampai dah berhari2 tak makan ..

tapi stereng pegang Honda Civic tolak 1k lebih gak bulan2

melayu lebih rela lapar dan hidup dalam sarang asalkan dapat bleh pakai keta mewah/gah
Quote dua_chzy 2-3-2023 06:47 PM
Barangan sekolah tak berjenama atau jenama murah bagus la. Macam A Star tu walaupun murah daripada Staedlar ntah camna nak eja, Faber Castell ka tapi kualiti baik. Uniform lak aiols suka beli jenama Power Cat. Kain koshibo. Cantik. Tempat aiol tadak. Aiol order dari Malaya guna Shopi.
Quote acikhan 2-3-2023 06:50 PM
ank bujang sulung tahun nie darjah 4, jd nyer beli baju kemeja sehelai je n Ade lg 4 helai repeat lama2 punyer n dari darjah 1 smpai darjah 4 badan n ketinggian sama je... adik perempuan die lg tinggi dari abg nyer! n utk darjah 4 pakai uniform sekolah hanya 2x sja ari lain 2x pj n 1 utk koku

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 06:48 PM GMT+8 , Processed in 0.053761 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top