CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Diarah Padam Aplikasi Daripada Handphone, China Perli AS Takut Sangat Dengan TikTok

2-3-2023 10:30 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 926| Komen: 9

WASHINGTON – China menganggap Amerika Syarikat (AS) bertindak keterlaluan selepas kakitangan persekutuan diarah memadam aplikasi TikTok daripada telefon bimbit milik kerajaan.

Isnin lalu, White House memberikan tempoh selama 30 hari kepada agensi-agensi kerajaan AS untuk memastikan para pekerjanya tidak mempunyai aplikasi milik syarikat dari China tersebut pada peranti milik negara.


Badan Penyiaran British (BBC) melaporkan, arahan terbaharu itu mengikuti langkah serupa yang diambil oleh Kesatuan Eropah (EU) dan Kanada dalam beberapa minggu kebelakangan ini yang turut mengarahkan kakitangan kerajaan memadam aplikasi perkongsian video berkenaan.


Foto: AFP

Bagaimanapun, Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning menuduh AS menyalahgunakan kuasa negaranya untuk menindas firma-firma asing.

“Kami secara tegas menentang tindakan itu. Kerajaan AS harus menghormati prinsip ekonomi pasaran dan persaingan yang adil, berhenti menindas syarikat dan menyediakan persekitaran yang terbuka, adil serta tidak mendiskriminasi syarikat-syarikat asing di negara itu.


“Bagaimana satu kuasa hebat dunia seperti AS berasa takut terhadap aplikasi kegemaran golongan muda seperti itu?” soal Mao Ning kepada pemberita kelmarin.

Pegawai-pegawai Barat semakin bimbang mengenai aplikasi perkongsian video popular itu yang dimiliki oleh syarikat China, ByteDance sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Ini kerana TikTok didakwa mengumpul data pengguna dan menyerahkannya kepada pemerintah China dengan beberapa agensi perisikan bimbang maklumat sensitif akan terdedah.

Bagaimanapun, ByteDance menegaskan operasinya adalah tidak berbeza dengan syarikat-syarikat media sosial lain dan menyatakan ia tidak akan mematuhi arahan untuk melakukan pemindahan data. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 2-3-2023 10:49 AM
tapi kan tiktok ni sesuatu sikit....kwn2 aku ramai yg share pengalaman dorang psl tiktok ni
Quote pekanwoohoo 2-3-2023 11:06 AM
Eleh. China Wasap dengan FB pun kena blok, lagi kecoh pasal orang.
Quote tripleid 2-3-2023 11:13 AM
kalo nak compare tiktok dgn youtube Short,utube shorts lagi byk pekdah sbb  byk kandungan ilmiah compere dgn tiktok yg byk content2 bodoh,bangang buang masa
Quote Decaffeinated 2-3-2023 11:39 AM
Bongok betul transit di airport China, ada wifi free pun nak WhatsApp tak boleh. Tapi kat hotel boleh pulak. Satu lagi credit card malaysia, pun tak lepas juga. Selamat duit aku

Quote kitaserupaaa 2-3-2023 12:00 PM
Masih takde akaun tik tok. Takde keperluan nak install & guna tiktok walopun org kata sopin kt tiktok lagi murah. Netizen pun rajin share video tiktok kat platform soc med lain
Quote mdhelmi 2-3-2023 12:34 PM
diarah memadam aplikasi TikTok daripada telefon bimbit milik kerajaan

logikla
Quote laqoyah 2-3-2023 12:48 PM
Burong_Hantuk replied at 2-3-2023 10:49 AM
tapi kan tiktok ni sesuatu sikit....kwn2 aku ramai yg share pengalaman dorang psl tiktok ni

Contooohhhhh?!
Quote Tembikaigoreng 2-3-2023 05:04 PM
P
Burong_Hantuk: tapi kan tiktok ni sesuatu sik ...


Contohnya?
Quote msdummy.2018 2-3-2023 05:15 PM
Burong_Hantuk replied at 2-3-2023 10:49 AM
tapi kan tiktok ni sesuatu sikit....kwn2 aku ramai yg share pengalaman dorang psl tiktok ni

Contohh???

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.043479 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top