CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Keluar Beli Barang, Anak Tiga Tahun Mati Lemas Jatuh Sungai

2-3-2023 10:24 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1010| Komen: 6

MATU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemui mati lemas selepas dilaporkan hilang dari rumahnya di Rumah Raya, Sungai Ilas, Batang Igan di sini.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) berkata, mayat mangsa dijumpai oleh penduduk kampung pada pukul 6.15 petang kira-kira 100 meter dari rumahnya yang terletak di tebing sungai.


Foto: Kosmo

“Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Daro untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Mangsa yang ditinggalkan di ruang tamu rumah disedari hilang pukul 4.30 petang semalam selepas ibunya pulang dari membeli sayur di kedai berdekatan.

Budak lelaki itu dikhuatiri terjatuh ke dalam sungai kerana pintu bahagian dapur rumah terbuka dan rumah mereka berada di tebing sungai Batang Igan. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 2-3-2023 10:50 AM
kes parents cuai lagi ni...takziah
Quote green~tea 2-3-2023 10:56 AM
3 tahun tinggal sorang kat rumah???¿????
Quote Samerosie 2-3-2023 11:13 AM
tak boleh brain tinggal anak umur begini sorang2 kat rumah lepas tu dah tau pulak rumah atas sungai.  Kalau anak tu Michael Phleps tak pe la jugek.
Quote kelip2_07 2-3-2023 11:15 AM
sedih kejap jer..nnti buat ank br

ade ke ptut umur mcm tu ko tggl kn dia sorang2 kt umah?

cmne la bdk tu ms jth sungai..xleh bygkn keadaan dia
Quote faraway1 2-3-2023 11:16 AM
Penting gila ke apa keluar camtu tanpa bawak anak kecil
Quote Decaffeinated 2-3-2023 12:11 PM
MATU, Sungai Ilas, Batang Igan...

sampai sudah tak tau negara mana. Vanuatu kot.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 06:52 PM GMT+8 , Processed in 0.070187 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top