CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mesej Tak Berjawab- Suami 'Hilang' 2 Hari Rupanya Maut Kemalangan, Mayat Terapung Dalam Longkang

2-3-2023 10:05 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2035| Komen: 7

Penantian seorang isteri yang menunggu kepulangan suaminya ke rumah bertukar tragis apabila mendapat berita bahawa lelaki itu meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya, di daerah Kota Marudu, Sabah.


Sebelum itu wanita berkenaan berkali-kali menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp kepada suaminya, Jelson Ginsiu, 22, pada 26 Februari lalu untuk bertanya mengenai keberadaan lelaki itu, namun tidak dibalas.

Susulan itu, wanita berkenaan membuat hebahan di media sosial untuk meminta bantuan orang ramai mengesan suaminya.


Foto: mStar

Bagaimanapun teka-teki 'kehilangan' suaminya terjawab apabila mayat lelaki itu ditemui terapung di dalam longkang di Jalan Lotong, Kota Marudu pada Selasa (28 Februari).

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Zairolnizal Ishak berkata wanita itu telah membuat laporan mengenai kehilangan suaminya pada Isnin selepas dia selesai bekerja pada pukul 9 malam Ahad (26 Februari).


"Kira-kira pukul 11.55 pagi Selasa, kami menerima laporan terdapat penemuan mayat di dalam longkang di Jalan Lotong dan ia adalah suami wanita tersebut yang hilang," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, difahamkan mangsa sedang menunggang motosikal pulang dari tempat kerja sebelum ditimpa kemalangan antara pukul 1 pagi hingga 4 pagi, 27 Februari lalu.

Supt Zairolnizal berkata, mangsa dipercayai pulang dari pekan Kota Marudu dan hilang hilang kawalan sehingga terbabas dan merempuh tiang lampu jalan sebelum terhumban ke dalam longkang.

Pemeriksaan awal mendapati terdapat kecederaan di kepala mangsa, katanya.

Motosikal mangsa turut ditemui berhampiran.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kota Marudu untuk bedah siasat.

Supt Zairolnizal menyeru saksi kemalangan untuk tampil membantu siasatan. -CARI

Sumber: The Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukacactus 2-3-2023 10:15 AM
Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa
Br td baca thread mangsa banjir maut ke tempat kerja, yg ini balik kerja pulak
Yg rajin2 kerja pergi dl
Tinggal la biawak2 yg menyusahkan
Quote sailormars 2-3-2023 12:23 PM
takziah...moga keluarga kuat dan tabah dengan ujian ini...
Quote lolol51 2-3-2023 12:40 PM
Kesiannya. Salam takziah
Quote hareeeesah 2-3-2023 12:43 PM
Muda lg.. semoga diberi ketabahan utk meneruskn kehidupan…
Quote Burong_Hantuk 2-3-2023 02:21 PM
takziah buat keluarga mendiang
Quote Simunggu 2-3-2023 03:01 PM
sekarang hujan di sana & banjir...hati hati memandu..
Quote imanjannah 2-3-2023 03:20 PM
salam takziah

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 07:17 PM GMT+8 , Processed in 0.057991 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top