Tular sebuah video menunjukkan seekor King Cobra sedang menjalar mengangkat badan dan kepalanya sehingga menyamai tinggi seorang manusia. Menurut India.com dipetik mStar, ramai warga maya terkejut dengan video yang dikongsikan kakitangan Perkhidmatan Hutan India (IFS), Susanta Nanda di Twitter. "King cobra secara literal boleh 'berdiri' dan memandang mata orang dewasa. Apabila berhadapan, mereka boleh mengangkat sehingga satu pertiga daripada badannya dari tanah," tulis pada perkongsian berkenaan. Namun, tidak dinyatakan lokasi video berdurasi 11 saat itu tersebut dirakam. - CARI
|
ADVERTISEMENT