CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Elon Musk Rampas Kembali Takhta Manusia Terkaya

2-3-2023 07:33 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 528| Komen: 1

Saham syarikat Tesla melonjak lebih 100 peratus sepanjang bulan Januari lalu membuat Elon Musk kembali menjadi manusia terkaya di dunia.

Daily Star melaporkan, Indeks Billionaires Bloomberg menunjukkan nilai kekayaan bersih pengasas syarikat SpaceX itu yang juga pengasas bersama jenama kenderaan elektrik berkenaan telah melonjak sehingga AS$187.1 bilion (RM839.33 bilion).



Foto: Justin Sullivan/Getty Images

Beliau kehilangan gelaran tersebut pada Disember tahun lalu, Musk hilang gelaran tersebut apabila tewas kepada bos Louis Vuitton, Bernard Arnault yang bertanggungjawab ke atas beberapa jenama mewah terkemuka dunia.

Kekayaan Musk yang kini merupakan warga Amerika Syarikat (AS) menjunam teruk berikutan pengambilalihan laman Twitter pada tahun lalu.

Bukan sahaja dia membelanjakan AS$44 bilion (RM197.38 bilion) untuk gergasi media sosial yang sedang bergelut itu, nilai saham dalam Tesla juga jatuh apabila pelabur-pelabur bersikap dingin terhadap kepimpinan Musk.



Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 2-3-2023 07:34 AM
firaun pun terkaya di dunia suatu ketika dulu.....

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.074919 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top