CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Loke Akan Pastikan Semua Stesen KTM Dilengkapi Kemudahan Lif

2-3-2023 07:09 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 984| Komen: 8

Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM) di seluruh negara akan dipastikan mempunyai kemudahan lif dalam usaha memudahkan warga emas, wanita mengandung dan orang kurang upaya (OKU) menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.


Perkara itu dimaklumkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang berkata, kemudahan tersebut menjadi keutamaan pihaknya dalam usaha menaik taraf dan menambah baik kemudahan yang terdapat di stesen berkenaan.

Dalam masa sama, katanya, pihaknya akan melihat keperluan stesen yang perlu dinaik taraf atau diperbesarkan bagi menampung jumlah penumpang yang semakin bertambah.


FB

"Baru-baru ini ketika meninjau (stesen KTM), saya ada terjumpa seorang wanita mengandung dan disebabkan tiada kemudahan lift, pihak pengurusan buka pintu laluan khas di bawah untuk memudahkannya melintas.

"Sebab itu saya kata penting kemudahan lif kerana memang terdapat stesen yang tiada lif, kalau kita nak galakkan rakyat guna perkhidmatan awam kita perlu tambah baik perkhidmatan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan di Stesen KTM Bukit Mertajam, pada Rabu.


Berhubung kesesakan di stesen berkenaan ketika waktu puncak, Loke berkata memang ada perancangan menaik taraf pada masa depan dan memerlukan kos yang tinggi.

"Bagaimanapun, kita akan bincang dengan Perbadanan Aset Keretapi (RAC) untuk mencari penyelesaian dalam hal ini," katanya.

Sementara itu, Loke, berkata penambahan kekerapan perjalanan KTM Komuter Sektor Utara sejak 18 Feb lalu telah meningkatkan jumlah penumpang daripada 10,480 orang setiap hari kepada 11,224 pengunjung iaitu meningkat tujuh peratus.

Katanya, penumpang di sektor utara dan kawasan sekitarnya tidak perlu lagi menunggu lebih lama di stesen dan ini dapat menjimatkan masa untuk mereka tiba ke destinasi lebih awal iaitu kira-kira sejam.

"Jadual waktu perkhidmatan KTM laluan Padang Besar ke Butterworth ditambah baik dengan peningkatan kekerapan dari 60 minit kepada 20 minit pada waktu puncak pagi dan dari 60 minit kepada 30 minit pada waktu puncak petang dan sebaliknya pula, jadual perkhidmatan dengan kekerapan pada setiap 30 minit pada waktu puncak pagi dan petang.

"Kekerapan perkhidmatan tren Komuter Utara laluan Padang Rengas-Butterworth-Padang Rengas akan ditambah baik dengan penambahan kekerapan di ruang luar waktu puncak pada setiap 120 minit berbanding 180 minit kekerapan sebelum ini," katanya.

Beliau berkata ia menjadikan jumlah perkhidmatan bagi laluan Padang Besar-Butterworth-Padang Besar meningkat dari 26 perjalanan kepada 36 perjalanan dan bagi laluan Padang Rengas-Butterworth-Padang Rengas daripada 12 kepada 16 perjalanan sehari.

Menurut Loke, penambahbaikan KTM Komuter utara itu telah dapat memenuhi keperluan dan permintaan penumpang yang semakin tinggi dengan menggunakan perkhidmatan komuter untuk berulang alik terutamanya ke tempat kerja.

"Berdasarkan tinjauan, ramai mereka yang tinggal di Kedah dan Perlis bekerja di Pulau Pinang dan menjadikan komuter sebagai pilihan mod pengangkutan.

"Nampaknya sejak pertambahan kekerapan dan perjalanan komuter memudahkan mereka, lagipun peluang pekerjaan yang banyak di Pulau Pinang menjadi pilihan mereka untuk bekerja di sini," katanya.


Sumber: BERNAMA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DARSITA 2-3-2023 07:18 AM

Cadangan pasang banyak sikit CCTV & security guards.

Takut naik lif sorang sorang terutama yang mengandung, yang single or orang tua nanti kena raba dan kena rompak.  
Quote otai_g 2-3-2023 07:20 AM
Ktm ada untung ka tahun ni loke?
Quote Themilo 2-3-2023 07:47 AM
antara menteri yang perform. korang isi la bancian ni untuk nilai performance beliau

https://mytinjauanmadani.mampu.g ... 6-8280-d0e6ea1e63fe
Quote ultra78 2-3-2023 08:01 AM
Ketinggalan sungguh ktm komuter ni..Nak salahkan dia aje pun tak boleh jugak sebab tak ada duit. Kerajaan pun dah habiskan banyak duit utk subsidi minyak. Kalau kerajaan spend sebanyak tu utk improve public transport dah mcm2 boleh buat.
Quote biskutsusu 2-3-2023 12:26 PM
Semalam dari sentul, i nak topup tng tak boleh. Nak beli tiket kat mesin, tak boleh (mesin cuma boleh semak baki) , orang takde kat kaunter.

Terpaksa tengok je komuter berlalu dan terpaksa ambik grab ke kl sentral
Quote ultra78 2-3-2023 12:33 PM
biskutsusu replied at 2-3-2023 12:26 PM
Semalam dari sentul, i nak topup tng tak boleh. Nak beli tiket kat mesin, tak boleh (mesin cuma bole ...

Aku beli tng nfc utk elakkan masalah mcm ni
Quote biskutsusu 2-3-2023 12:38 PM
ultra78 replied at 2-3-2023 12:33 PM
Aku beli tng nfc utk elakkan masalah mcm ni

Memang iolls dah berazam nak beli tng nfc lepasni.  
Quote laqoyah 2-3-2023 12:41 PM
So far takde masaalah kt tempat aku!

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 06:42 PM GMT+8 , Processed in 0.182257 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top