Polis menahan buruh binaan yang disyaki mencuri seluar dalam wanita di sebuah taman perumahan di daerah ini, minggu lalu. Penahanan dibuat susulan laporan diterima daripada warga tempatan pada 23 Februari lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid mengesahkan anggota dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya membuat tangkapan ke atas seorang lelaki tempatan pada 8.27 malam, hari sama. “Suspek berusia 44 tahun ditahan dalam satu serbuan di sekitar Petaling Jaya. Polis turut merampas dua helai seluar dalam wanita disyaki dicuri bagi melengkapkan kertas siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh dan 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri seluar dalam. “Suspek akan dituduh di hadapan Majistret di Mahkamah Petaling Jaya hari ini,” katanya.
Sumber: UTUSAN |
ADVERTISEMENT