CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja 15 Tahun Bangunkan Perisian Perjudian

1-3-2023 07:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1028| Komen: 4

Sindiket yang membangunkan dan menyelenggara laman sesawang serta perisian perjudian ditumpaskan polis dalam serbuan di rumah teres dua tingkat di Ipoh, semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, serbuan yang dikendalikan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) itu turut menahan 10 individu warga tempatan termasuk seorang wanita serta remaja lelaki berusia 15 tahun.



Gambar hiasan

Katanya, serbuan dibuat hasil daripada maklumat dan risikan sejak beberapa minggu lalu apabila apabila sindiket disyaki melakukan aktiviti pusat panggilan yang menyalahi undang-undang.

"Sindiket ini beroperasi dengan menyewa rumah teres dua tingkat di taman perumahan bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

"Siasatan lanjut mendapati sindiket menawarkan perkhidmatan membangunkan laman sesawang yang mengumpulkan pelbagai jenis permainan judi secara dalam talian serta perisian atas permintaan pelanggan sama ada dalam atau luar negara," katanya dalam kenyataan petang ini.


Menurutnya, pasukan serbuan merampas komputer riba, set komputer (tiga), telefon bimbit pelbagai jenama (34 unit), modem (empat), serta sehelai kertas mengandungi skrip perbualan.

Mohd Yusri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Menurutnya, hanya seorang individu bawah umur ditahan dengan dia sudah diikat jamin hari ini, manakala selebihnya direman bermula hari ini sehingga esok.

Beliau berkata, pihaknya dalam pada itu menggesa orang ramai memainkan peranan menyekat promosi judi dalam talian dengan mengemukakan laporan kepada polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 1-3-2023 08:11 PM
Scammer.                 
Quote aienul 1-3-2023 10:15 PM
Pandai budak tu buat apps ye
Quote sharlenetexas 1-3-2023 10:30 PM
Kecik2 dah jd scammer



Quote Sazreena 2-3-2023 04:29 PM
Masuk HG...kuar nanti terus jadi abang kawasan sedunia...ni baru lah gengster sebenar. Modalnya terer buat apps je.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 07:14 PM GMT+8 , Processed in 0.045316 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top