Timbalan Pengarah sebuah universiti awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor kerana disyaki menyalahgunakan jawatan dan kedudukannya untuk mengambil wang berjumlah lebih RM30,000 hasil keuntungan program konferensi antarabangsa anjuran institusi berkenaan.
Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu merupakan profesor gred Jusa C ditahan pada jam 3.30 petang hari ini di Pejabat SPRM Selangor ketika hadir memberi keterangan. Katanya, dalam kejadian yang berlaku pada Ogos 2021 itu, suspek dikatakan membuat keputusan sendiri untuk memasukkan wang keuntungan tersebut ke dalam akaun bank peribadi miliknya. Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam pagi esok bagi mendapatkan permohonan reman.
Sumber: BERNAMA
|
green~tea replied at 1-3-2023 08:44 PM
30k je pun dah gelap mata....
Astaghfirullah....
plywood replied at 1-3-2023 01:13 PM
Prof pun nak jadi scammer...
kakikuDibibirmu replied at 1-3-2023 10:14 PM
Profesor matematik tulen Universiti Malaya sebulan gaji dia RM 15,000
LadyCarefree replied at 1-3-2023 09:51 PM
Tu la pasal. Teket pi balik London pun xlepas. LOLLLL
rosmahisham replied at 1-3-2023 10:32 PM
Lepas la u... klu g trip dgn travel agent yg touch n go..silap2 leh g western europe 5/6 countri ...
kakikuDibibirmu replied at 1-3-2023 10:14 PM
Profesor matematik tulen Universiti Malaya sebulan gaji dia RM 15,000
ADVERTISEMENT