CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Greta Thunberg Diusung, Ditahan Polis Norway Ketika Demonstrasi

1-3-2023 07:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1299| Komen: 9

Aktivis alam sekitar muda, Greta Thunberg ditahan polis Norway di sebuah acara tunjuk perasaan di pekarangan pejabat Kementerian Kewangan di Oslo, lapor Reuters.

Greta menyertai acara itu bersama kumpulan demonstrasi yang sebahagian besarnya terdiri daripada penyokong etnik pribumi Sami, mendesak agar jentera turbin angin segera dipindahkan dari sebuah kawasan penting bagi kaum itu, yang turut menjadi zon padang ragut bagi rusa kutub.



Reuters

Kumpulan penunjuk perasaan itu sudah beberapa hari berhimpun hingga menghalang akses masuk ke beberapa bangunan kerajaan.

Greta dan beberapa aktivis lain yang menghalang salah satu pintu di pejabat Kementerian kewangan itu dialihkan anggota polis secara paksa, memandangkan mereka tidak mahu berganjak dan kekal dalam posisi duduk atau berbaring.


Reuters


Sementara itu, peserta protes yang lain terus bersemangat mengibarkan bendera kaum Sami sambil berteriak supaya projek ladang angin itu dihentikan.

Mahkamah Agung Norway pada tahun 2021 sudah mengesahkan bahawa dua projek ladang angin di Fosen, yang terletak di tengah Norway, melanggar hak-hak kaum Sami di bawah konvensyen antarabangsa, namun turbin angin masih dilihat beriperasi lebih daripada 16 bulan selepas itu.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 1-3-2023 07:15 PM
Sheols dah habis sekolah ke belum?


Quote Thunderclouds 1-3-2023 07:41 PM
How dare you?!
Quote pooh~key 1-3-2023 08:02 PM
IMG_8692.JPG
Quote Ahriman 1-3-2023 08:26 PM
Makin merepek dan extrimis acik greta ni..
Quote margo20 1-3-2023 09:26 PM
Takdelah great dah lepas kena angkut
Quote dani-rox 1-3-2023 09:33 PM
Edited by dani-rox at 1-3-2023 09:35 PM

propa budak tak abis sekolah ni pun org masih nak layan. aksi diusung ni entah2 sama jah mcm mana dia berlakon kat jerman bulan lepas.

[twitter]https://twitter.com/rose_k01/status/1615526388722962432?[/twitter]



Quote sharlenetexas 1-3-2023 09:41 PM
dani-rox replied at 1-3-2023 09:33 PM
propa budak tak abis sekolah ni pun org masih nak layan. aksi diusung ni entah2 sama jah mcm mana di ...

Nmpk makin bambam sheols ni. Done bodyshaming. Banyak duit masuk kot. Dah xde pesen rambut ikat tocang.

Quote dani-rox 1-3-2023 09:49 PM
sharlenetexas replied at 1-3-2023 09:41 PM
Nmpk makin bambam sheols ni. Done bodyshaming. Banyak duit masuk kot. Dah xde pesen rambut ikat to ...

makan sedap2 atas yacht dan private jet katanya
Quote laqoyah 2-3-2023 12:39 PM
Budak yg dipergunakan..

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.144669 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top