Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kasim berpendapat PAS didukung golongan ‘fanatik agama’ yang mempunyai toleransi tinggi terhadap penganut agama-agama lain. Shahidan menyebut mengenai patung Buddha berbaring terpanjang di Malaysia yang dibina di Kelantan bagi menunjukkan contoh toleransi parti Islam itu.
“Kelantan ada patung Buddha terpanjang. Ada pernah dia buat ganggu apa-apa? "Toleransi agama cukup tinggi bagi orang yang fanatik agama. Saya fanatik agama Islam. Saya bersongkok dari dulu, kini selamanya. "Saya nak bagitahu lagi kuat agama, lagi bersifat toleransi tinggi. “PAS akan mengamalkan terus pendirian dari segi agama, iaitu bila kita fanatik pada agama, kita sebenarnya menjadi orang baik," katanya ketika membahaskan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini. Sebaliknya, Shahidan menyatakan kebimbangannya mengenai pengaruh pemikiran liberal.
"Yang jadi masalah ialah pemikiran liberal. Ada orang Islam kata, ini kami liberal. Liberal bukan pemikiran Islam. Orang liberal boleh bertukar-tukar tapi sekarang ini dituduh PAS ni kononnya Taliban dan sebagainya. Itu tuduhan daripada parti yang bercorak perkauman,” kata Shahidan. Shahidan berkata dia tidak mempunyai masalah dengan parti berasaskan kaum seperti Umno, MCA dan MIC, tetapi parti perkauman perlu diubah. “Parti yang berasaskan kaum, ok mereka boleh. Tapi parti perkauman perlu diubah. Terutama parti perkauman sudah berkawan dengan Umno dan sebagainya,” katanya. Meskipun tidak menyebut secara langsung parti yang dimaksudkan, Shahidan dipercayai merujuk kepada DAP. Sumber: MalaysiaKini
|
Rdizz replied at 1-3-2023 08:42 PM
Fanatik islam kononnnn.. bdk teenage pun hang mole*t. Dlm parlimen mcm monyet. Tiba2 jadi religious ...
TomyamPuteh replied at 2-3-2023 07:22 AM
Betul ke dia ada kes molest? Ada bukti tak?
ADVERTISEMENT