CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Makan Serangga Dan Cacing, Minum Kencing Selepas Sesat Di Hutan Amazon

1-3-2023 06:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 695| Komen: 1


Seorang lelaki menjadikan serangga, cacing dan air kencing menjadi sebagai 'penyambung nyawa' selepas sesat di hutan Amazon, sejak akhir Januari lalu.

Jhonatan Acosta berkemungkinan menjadi individu paling lama hilang di Amazon, jika kes kehilangannya itu disahkan pihak berkuasa.


Mengimbau detik hitam itu, Acosta, 30, mengakui banyak mempelajari teknik ikhtiar hidup sepanjang dilaporkan terperangkap di Amazon.


Sebahagian hutan Amazon di Manaus, Amazonas di Brazil. - Foto REUTERS

Demi kelangsungan hidup, dia juga mengakui terpaksa minum air kencing serta menjadikan serangga dan cacing sebagai menu harian, selain berdepan serangan binatang buas.

Katanya, kasut getah miliknya turut digunakan sebagai alat tadahan hujan untuk dijadikan alternatif bagi sumber minuman, sepanjang terperangkap di Amazon.

"Saya sentiasa berdoa supaya hujan turun. Jika tidak, saya tak tahu bagaimana untuk terus hidup, malah saya digigit pelbagai spesis serangga dan haiwan sepanjang malam.

"Saya berjalan kira-kira 40 kilometer untuk mencari bantuan, namun gagal," katanya seperti mana dilaporkan Unitel TV.

Berita kehilangan Acosta dilaporkan keluarganya sejak akhir Januari lalu, selepas dia keluar memburu bersama empat rakannya di hutan Amazon.

Dia ditemui pasukan mencari dan menyelamat Sabtu lalu, selepas dikatakan terpisah dengan rakannya pada 25 Januari lalu.

Sebelum ini, pengembara warga Israel, Yossi Ghinsberg dilaporkan terselamat selepas terperangkap selama tiga minggu di Amazon, pada 1981.

Kes yang terkenal di Bolivia itu turut jadikan filem berjudul 'Jungle', yang dibintangi Daniel Radcliffe.

Sementara itu, seorang juruterbang, Antonio Sena, dilapor berjaya diselamatkan selepas 38 hari hilang di Amazon akibat terbabit dalam nahas pesawat, pada 2021.

Selain itu, dua beradik berusia tujuh dan sembilan tahun turut dilaporkan berjaya diselamatkan selepas hilang selama 25 hari di hutan berkenaan. 


Sumber: BH Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 1-3-2023 08:35 PM
Mis tres hermanas dulu merajuk dengan boipren merajuk terus lari masuk hutan amazon.


Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 06:30 PM GMT+8 , Processed in 0.048595 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top