Tindakan Atu naik ke pentas untuk menyerahkan bunga sebagai tanda permohonan maaf nyata membuat penyanyi Nabila Razali terkejut. Pelawak itu mengakui gementar sebelum naik ke pentas dengan sejambak bunga ros pada acara Gempak Most Wanted Award 2022, pada Ahad lalu.
Tindakan Atu itu telah mencuri perhatian ramai, termasuk Nabila yang terkejut dengan kehadirannya bersama sejambak bunga ros di tangan. Atu ketika dihubungi BOOM! berkata, Nabila tidak tahu mengenai perkara tersebut kerana dirahsiakan oleh pihak produksi. “Nabila tidak tahu tentang perkara tersebut. Hanya saya dan pihak produksi yang tahu, sebab itu muka dia terkejut ketika saya berdiri di hadapan dia. “Saya berterima kasih kepada Nabila kerana sudi menyambut jambangan bunga sebagai tanda maaf daripada saya. Saya betul-betul mohon maaf daripada lubuk hati yang paling dalam.
“Saya juga memohon maaf kepada pihak produksi kerana lewat tiba ke lokasi kerana terlibat dengan penggambaran. “Mujur pada hari berkenaan dapat pelepasan untuk keluar bertemu Nabila, walaupun cuma sekejap sahaja,” katanya. Sejak semalam, tular rakaman video momen Atu menyerahkan bunga kepada Nabila Razali di laman sosial dan telah menjadi perbualan netizen.
|
LadyCarefree replied at 2-3-2023 01:53 AM
kenapa nampak awkward krik krik krik krik krik
ADVERTISEMENT