View: 2197|Reply: 13
|
Atu Terharu Nabila Razali Sudi Terima Jambangan Bunga Walaupun Terkejut Tiba-Tiba Muncul Di Pentas
[Copy link]
|
|
Tindakan Atu naik ke pentas untuk menyerahkan bunga sebagai tanda permohonan maaf nyata membuat penyanyi Nabila Razali terkejut.
Pelawak itu mengakui gementar sebelum naik ke pentas dengan sejambak bunga ros pada acara Gempak Most Wanted Award 2022, pada Ahad lalu.
IG
Tindakan Atu itu telah mencuri perhatian ramai, termasuk Nabila yang terkejut dengan kehadirannya bersama sejambak bunga ros di tangan.
Atu ketika dihubungi BOOM! berkata, Nabila tidak tahu mengenai perkara tersebut kerana dirahsiakan oleh pihak produksi.
“Nabila tidak tahu tentang perkara tersebut. Hanya saya dan pihak produksi yang tahu, sebab itu muka dia terkejut ketika saya berdiri di hadapan dia.
“Saya berterima kasih kepada Nabila kerana sudi menyambut jambangan bunga sebagai tanda maaf daripada saya. Saya betul-betul mohon maaf daripada lubuk hati yang paling dalam.
“Saya juga memohon maaf kepada pihak produksi kerana lewat tiba ke lokasi kerana terlibat dengan penggambaran.
“Mujur pada hari berkenaan dapat pelepasan untuk keluar bertemu Nabila, walaupun cuma sekejap sahaja,” katanya.
Sejak semalam, tular rakaman video momen Atu menyerahkan bunga kepada Nabila Razali di laman sosial dan telah menjadi perbualan netizen.
Rata-rata mereka memuji reaksi spontan Nabila yang menyambut jambangan bungan daripada tangan Atu walaupun dalam keadaan terkejut. Mereka menganggap tindakan Nabila itu sebagai profesional dan wajar menerima pujian.
Terdahulu, Nabila pernah mengeluarkan kenyataan tersinggung dengan kenyataan di keluarkan Atu dalam program The Masked Singer Malaysia 3 yang mempersendakan dirinya.
Bagaimanapun, selepas ia menjadi tular Atu telah memohon maaf dan perkara tersebut menjadi reda, namun kedua-duanya masih belum bersua muka, sehinggalah pada Ahad lalu di pentas Gempak Most Wanted Award 2022 ketika Nabila selesai membuat persembahan.
Sumber: BOOM
|
|
|
|
|
|
|
|
sah2 la tu nabila razali je pun bukan lah angelina jolie, megan fox atau retis korea n thai herlokkkk macam davikah sampai tahap tak nak terima bunga kau tu...
rhoper2 heshe pun taraf2 kau jua atu oiii... usahlah berangan macam kau bagi bunga dekat bidadari syurga yang bakalan campak bunga tu ke tanah dan terbang ke langit tak turun2 dah... |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga berjodohan |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib kak nab x hempuk atu dgn bunga tu |
|
|
|
|
|
|
|
Okay la tu..rumah kak nab pun lawa..tiberr |
|
|
|
|
|
|
|
nabila memang ada big heart. dia frust haritu sebab sesama artis yang keluarkan statement mengutuk. kalau dari mulut netizen dia dah kebal. |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa nampak awkward krik krik krik krik krik |
|
|
|
|
|
|
|
berpeluk cium kang kena kecam lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
nab x mentally prepared bila colleague open n transparent to her kut out in public….
|
|
|
|
|
|
|
|
Gila tak sambut, audiens dan camera berlambak depan tu weii. Kang kena kecam lagi sampai ajm. Hehehe. Apa2 pun semoga hubungan diorang pulih la. Sesama terlibat dlm industri hiburan ni, lambat laun mesti bertemu jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
nampak sgt staged benda ni |
|
|
|
|
|
|
|
dorg begaduh ke dua orang? |
|
|
|
|
|
|
|
sah sah lah plan asteruk ni. Asteruk yang tayang atu ni mengomen pasal nab even benda tu boleh edit buang. Asteruk jugak lah yang plan atu kasi bunga di anugerah sendu teruk. Apa apa pun tak sabar nak tunggu berita kerugian asteruk sebab dh ramai unsubscribe asteruk, sebab service nya yang teruk, konten yang teruk, iklan banyak buat teruk |
|
|
|
|
|
|
|
Si Atuu ni kat masked singer mcm melebih2 pulak dah le tak lawak macam apa jer jadi badut dlm tu terjerit2.. lantas meolls tukar ke Netflix tengok Kabhi Kushi sbb tarikh last tengok 14 Mac ini yaaachh.. tiberr |
|
|
|
|
|
|
| |
|