CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

89 Calon SPM Tak Dapat Duduki Peperiksaan Hari Ini Dek Terkandas Akibat Banjir

1-3-2023 05:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 484| Komen: 0

89 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Johor tidak dapat menduduki peperiksaan hari ini dek terkandas akibat banjir.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi negeri, Norliza Noh berkata, kesemua calon SPM yang terkandas itu membabitkan tujuh pusat peperiksaan di Segamat dan satu di Kulai.



Pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membantu membawa calon SPM dan guru ke pusat peperiksaan di SMK Kahang, Kluang.

“Seramai 89 calon SPM di Segamat iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Tenang Stesen, SMK Bandar Putra, SMK Tinggi, SMK Gemereh, SMK LKTP Pemanis, SMK Dato Bentara Dalam dan SMK Labis Segamat.

“Manakala di Kulai membabitkan SMK Taman Putri. Hari ini melibatkan peperiksaan subje Sains dan Fizik manakala sebelah petang SRT ( Sains Rumah Tangga),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, ada kes terpencil di mana calon SPM terpaksa menumpang di pusat peperiksaan yang lain.


“Seramai 127 calon SPM di daerah Kota Tinggi menumpang di pusat peperiksaan yang lain. Ia melibatkan SMK Laksamana, SMK Tun Habab, SMK Agama dan SMK Bandar,” katanya.

Jelasnya, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sedang memantau keadaan terkini terutama membabitkan keselamatan calon di semua pusat peperiksaan di negeri ini. 


 KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 06:26 PM GMT+8 , Processed in 0.513750 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top