CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kanak-Kanak Miskin Tinggal Dalam Semak Penuh Nyamuk, Teruja Pertama Kali Makan Dapat Makan McD

1-3-2023 04:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 978| Komen: 4

Melalui satu video tular di laman TikTok, seorang lelaki dilihat menahan sebak ketika menyerahkan bungkusan McDonald's kepada kanak-kanak yang kali pertama dapat menikmati makanan segera tersebut.


Saharuddin Amirullah, 31, berkata dia sering masuk ke kawasan pedalaman di Sandakan, Sabah untuk menyantuni golongan asnaf yang hidup serba kekurangan.




"Kami dekat Sabah ni memang ramai pekerja buruh yang bukan warga tempatan, mereka ini tidak tertakluk di bawah gaji minimum Jabatan Tenaga Kerja Sabah.

"Biasanya gaji minimum yang ditetapkan ialah RM1,700 kan, tapi untuk mereka ni, gaji biasanya dapat bawah RM1,000. Memang tak cukup untuk sara hidup, nak beli lampin bayi dan susu semua.

"Jadi saya dan pasukan NGO akan ronda ke dalam untuk bagi bakul makanan. Saya selalu jumpa bapa-bapa dan pakcik-pakcik buruh yang baru pulang dari kerja.

"Dari situlah saya jumpa pakcik ni dengan anak-anak dia yang saya berikan McD tu. Saya bagi mereka nugget dan set Happy Meal," kata Saharuddin yang mula berjinak dengan aktiviti NGO melalui program kemanusiaan di masjid kariahnya.



Menurut Saharuddin, ketika memberikan bantuan kepada mana-mana keluarga, dia akan meraikan sekali kanak-kanak dalam isi rumah itu melalui pemberian hadiah.

"Kita selalu berikan bakul makanan yang terdiri daripada makanan ruji, akan digunakan untuk bantu mereka sekeluarga teruskan kehidupan.

"Macam untuk saya, saya lebih suka untuk selitkan pemberian hadiah dalam bantuan tu, contohnya mainan, buku dan McD untuk gembirakan anak-anak mereka, bagi rasa seronok juga kepada anak kecil.

"Tak sangka pula anak-anak itu tak pernah makan McD. Mereka duduk dalam hutan ni biasanya jarang nak pergi ke bandar. Dan bagi mereka McD ini macam premium dan mahal dari makanan segera yang lain.

"Kalau makanan segera yang mereka mampu makan sekali-sekala pun cuma Kentucky Fried Chicken (KFC) waktu hari keramaian macam sambutan hari raya," jelas Saharuddin.



Lebih menyayat hati, menurut Saharuddin, keluarga yang diberikan McDonald's itu tinggal di dalam kilang yang dipenuhi semak samun dan situasi itu membuatkannya berjurai air mata.

"Tempat tinggal pakcik tu dan anak-anak dia adalah di dalam kilang yang penuh dengan semak. Kilang itu tidak berdaftar sebab itu tak terjaga.

"Dekat tempat tu banyak sangat nyamuk, kami yang baru tiba nak serahkan makanan ni sampai dah garu-garu satu badan sebab tak tahan gatal. Tapi anak-anak itu tenang je walaupun badan kena serang nyamuk.

"Saya jadi sedih sebab dalam keadaan mereka yang daif itu, mereka sangat gembira dan bersinar-sinar mata mereka apabila dapat McD tu. Pemberian yang kecil je sebenarnya tapi dihargai sebab mereka selalu diselubungi kesusahan.

"Lagi satu, saya tengok muka anak kecil tu tenang dan bersih je walaupun hidup mereka bukannya senang, buatkan saya insaf dan muhasabah diri," kata Saharuddin menceritakan semula detik yang menyentuh hatinya itu.


Saharuddin berkata setiap insan dilahirkan untuk melalui perjalanan hidup yang berbeza-beza dan dia berharap anak kecil yang dibantunya itu akan dapat keluar dari kepompong kemiskinan suatu hari nanti.

"Rasa sayu hati fikir masih ada lagi di luar sana yang makan sekadar untuk alas perut sedangkan kebanyakan dari kita boleh makan sehingga kenyang.

"Bagi kita yang berkemampuan dan ada rezeki lebih, marilah ringankan tangan untuk bantu mereka. Bantu dari hati dan dengan keikhlasan. Kita tak akan rugi pun," ujar Saharuddin menoktahkan bicara. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 2-3-2023 08:43 AM
sian ek. budak2 ni harap nnt besor boleh tbuka la mindanya
Quote intan244 2-3-2023 11:41 AM
sekali sekala boleh la. fast food x healthy ya.
Quote Burong_Hantuk 2-3-2023 11:43 AM
niat n beri mcd tu dh ok..tapi knp record muka budak2 tu????
Quote rospinki 2-3-2023 11:47 AM
sandakan kalu situ port pilak

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 06:25 PM GMT+8 , Processed in 0.130043 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top