CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

McD, KFC Dan The Manhattan Fish Market Tawar Menu Rahmah Bermula Bulan Ini

1-3-2023 04:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2242| Komen: 21

KUALA TERENGGANU: Rangkaian makanan segera, McDonald’s (McD), Kentucky Fried Chicken (KFC) dan The Manhattan Fish Market akan menawarkan Menu Rahmah bermula bulan ini.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub, francais makanan popular itu telah menyatakan kesediaan menyertai inisiatif kerajaan tersebut.


Beliau berkata, antara rangkaian makanan segera yang menawarkan Menu Rahmah sejak bulan lalu adalah Burger King, Marrybrown, A&W dan terbaharu, Domino’s Pizza.




“Setakat ini, terdapat 1,142 premis makanan di seluruh negara melibatkan restoran dan kedai makan sudah turut serta dalam inisiatif Menu Rahmah kepada pelanggan.

“Jumlah itu dijangka terus bertambah menjelang bulan Ramadan berdasarkan ‘trend’ pengusaha makanan mahu mengambil bahagian meringankan beban rakyat.

“Ini termasuk rangkaian makanan segera yang tidak ketinggalan menunjukkan sambutan dan maklum balas positif untuk menawarkan Menu Rahmah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pada Program Jelajah Menu Rahmah dan Penyerahan Bakul Rahmah di sebuah restoran di Wakaf Tok Pelam di sini, hari ini.

Tambah beliau, KPDN mengajak lebih banyak pemain industri makanan untuk terus bersama-sama menjayakan aspirasi bagi membantu rakyat mendepani isu kos sara hidup. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote _blackbird 1-3-2023 04:56 PM
bagus juga menu rahmah ni diperkembangkan. aku skang tgh saving nak bercuti ke banyan tree pulau bintan raya nnt.
Quote tripleid 1-3-2023 04:59 PM
Menu Rahmah = Autisme


-walauntitt
Quote hyie 1-3-2023 05:29 PM

kenapa autisme? tak faham
Quote tripleid 1-3-2023 05:56 PM
Edited by tripleid at 1-3-2023 06:23 PM
hyie replied at 1-3-2023 05:29 PM
kenapa autisme? tak faham


Ttinggal ketapi ke uolss..

[twitter]https://twitter.com/Kelvinyii88/status/1625879918071681029?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1625879918071681029%7Ctwgr%5E7d90df6c2cd408913fe7807784e15a5eb95c45b0%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.malaysiakini.com%2Fnews%2F655326[/twitter]
Quote rosedemon 2-3-2023 08:43 AM
watevaaa xda rhamah pon aku mkn jgk
Quote Simunggu 2-3-2023 09:07 AM
dah lah kepak ayam saiz 2 jari....kalau rahmah saiz kelingking barangkali..kepak kelawar
Quote venom1 2-3-2023 09:10 AM
kita tunggu menu rahmah nanti dari kcd, kfc dan manhattan nanti
Quote Burong_Hantuk 2-3-2023 09:11 AM
better kurangkan mkn fast food
Quote kucingitam 2-3-2023 09:59 AM
sekali kena order guna apps saja terhad kepada sepuluh pelanggan pertama waktu 3pm-5pm saja..hahah
Quote iman_kasih 2-3-2023 10:02 AM
tripleid replied at 1-3-2023 04:59 PM
Menu Rahmah = Autisme



Hahaha...habis la sapa yg makan tu.
Quote Decaffeinated 2-3-2023 10:11 AM
Now everyone can go to Manhattan.

Rahmah kini sinonim dgn rm5. Sian pulak dgn budak pompuan nama Rahmah.
Quote aHoi83 2-3-2023 10:37 AM
Kfc kalo beli rege biasa pun ayam size pasar malam seketol rm1.20. Ni kalo join menu rahmah tak tau la ayam quality ape dia nk bg.
Mungkin ni kot yg MP pas yg dokter tu maksudkan. Nak rebut utk dpt limelight free  sbb ade menu rahmah tp quality janji ada gitu.
Quote tungkai 2-3-2023 10:42 AM
Menu Rahmah ni ada subsidized dr gomen ke? Sebab ramai berlumba2 nak introduce?
Quote MissMamamia75 2-3-2023 11:14 AM
Besor mana la menu rahmah manhattan fish tu gamoknya
Quote ezacbee 2-3-2023 11:14 AM
Manhattan fish ni makan haritu fillet fish sejuk. Nasi pun sejuk. Hapolaa..
Quote Prickford 2-3-2023 11:21 AM
tripleid replied at 1-3-2023 09:56 AM
Ttinggal ketapi ke uolss..

Ooo si MP ni ckp menu Rahmah low quality yg boleh lead to mcm2 penyakit. Ok, ada betulnya. Cuma B40 ni hadap sangat ke hari2 nak mentekedarah menu Rahmah?? Kalau mcm tu mmg dasar pemalas B40 ni, tak reti menyimpan duit, masak sendiri & berjimat cermat. Sheolls ckp lg psl sumber tanah yg sihat, takde gempa bumi, maybe utk point boleh bercucuk tanam sana sini, masalahnya dimonopoli oleh kapitalis. Sebelum tonjol2 kepala orang, better politician ni check kepala otak masing2.

Quote hareeeesah 2-3-2023 12:28 PM
ezacbee replied at 2-3-2023 11:14 AM
Manhattan fish ni makan haritu fillet fish sejuk. Nasi pun sejuk. Hapolaa..

Iols suka yg classic dory tu dulu tebal crunchy batter dia tu, skrag dh la hambar, garlic sauce pun dh xbagi semata chips & dory leper. Sikit hari lagi confirm katup la tu.. mac&cheese ank aku kejung
Quote limesherbet 2-3-2023 12:56 PM
hareeeesah replied at 2-3-2023 12:28 PM
Iols suka yg classic dory tu dulu tebal crunchy batter dia tu, skrag dh la hambar, garlic sauce pu ...

Sis pun suka batter MFM je..crispy
Quote laqoyah 2-3-2023 12:58 PM
tungkai replied at 2-3-2023 10:42 AM
Menu Rahmah ni ada subsidized dr gomen ke? Sebab ramai berlumba2 nak introduce?

Mana ade.. terserah pada vendors/sellers. Kalu rasa boleh untung.. rebut peluang buat le.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 06:55 PM GMT+8 , Processed in 0.070132 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top