CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

6 Pengunjung Panik, Cedera Jip Safari Terbalik Dikejar Badak Sumbu

1-3-2023 04:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 480| Komen: 0

Jip safari terbalik ke dalam parit ketika pemandu cuba mengelak daripada diterkam dua badak sumbu dalam satu kejadian di Taman Negara Jaldapara di Bengal Barat, India menyebabkan enam pengunjung cedera.


MailOnline dipetik Kosmo! Online melaporkan, rakaman video menunjukkan dua haiwan itu muncul dari pokok-pokok di tepi jalan ketika pelawat merakam gambar dari bahagian belakang kenderaan tersebut.


Tangkap layar rakaman video menunjukkan detik-detik dua badak sumbu menyerang sebuah jip sebelum ia terbalik. - Daily Mail

Namun, pemandu jip segera berundur dengan laju ketika haiwan tersebut menerkam ke arah mereka.

Kedengaran pelancong menjerit akibat panik sebelum jip itu terbabas dan terbalik dengan keadaan penumpang terperangkap di dalamnya.

Kedua-dua badak sumbu yang marah tersebut kemudian dilihat berlari melepasi kenderaan itu.


Mereka yang cedera dilaporkan dirawat di pusat kesihatan Madarihat, demikian menurut News 18.

Susulan kejadian itu, pegawai Perkhidmatan Hutan India (IFS) , Akash Deep Badhawan menerusi ciapan di laman Twitter berkata, lebih banyak langkah keselamatan perlu dilaksanakan di taman safari negara itu. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 06:59 PM GMT+8 , Processed in 0.058044 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top